CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2102|Reply: 0

[Johor] Hujan sejam, air sungai sudah melimpah

[Copy link]
Post time 30-11-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN runtuhan tebing Sungai Melantai di Kampung Bentong, Kluang semalam.

KLUANG – Keadaan tebing sungai yang telah runtuh sedikit demi sedikit terutama ketika hujan merisaukan penduduk sekitar Kampung Bentong di sini.

Keadaan yang berlaku di sebahagian tebing Sungai Me­lantai di sini lebih meresahkan kerana kejadian banjir pada setiap hujung tahun merupakan ‘acara wajib’ yang terpaksa dilalui oleh penduduk.

Penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Kamal berkata, jika sebahagian runtuhan tebing dan ban yang mengelongsor ke dalam Sungai Melantai ini tidak diambil tindakan segera pasti akan berlaku terputus laluan masuk ke Kampung Bentong.

Katanya, hasil dari tinjauan di beberapa kawasan runtuhan tebing sungai mendapati sudah berada betul-betul di pinggir jalan dan dibimbangi jika berlaku satu atau kali limpahan air pasti akan menyebabkan jalan penghubung ke kampung itu terputus.

“Mungkin ramai tertanya-tanya mengapa Sungai Melan­tai di Kampung Bentong ini cepat melimpah airnya walaupun hujan hanya dua jam sedangkan sungai-sungai lain di bandar Kluang tidak mengalami fenomena sama.

“Semuanya berpunca apabila lebih 10 taman perumahan di bahagian atas Sungai Melantai mengalirkan airnya ke dalam sungai ini menyebabkannya cepat penuh serta melimpah.

“Keadaan diburukkan lagi se­kiranya air di Sungai Beladong dan Sungai Mengkibol yang berada di bahagian bawah penuh seterusnya menghalang aliran air dari Sungai Melantai ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Kamal lagi, kebia­saanya banjir akan berlaku sekitar bulan Disember atau Januari setiap tahun di Kampung Bentong ini, namun hingga kini belum ada tindakan segera untuk mengatasi masalah runtuhan tebing dan ban yang pecah itu.

“Tolonglah kami, jangan jadi lebih buruk baru baiki,” ujarnya.

https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... gai-sudah-melimpah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043472 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list