CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 821|Reply: 0

[Melaka] Kertas siasatan Makcik Kemboja dirujuk kepada TPR

[Copy link]
Post time 27-11-2023 06:05 PM | Show all posts |Read mode

USAHAWAN dan pempengaruh Mariyah Yaakob, 49, ketika sidang media permohonan maaf di Skudai, Johor, berkaitan isu video tular. FOTO Nur Aisyah Mazalan

Melaka: Kertas siasatan kes ahli perniagaan wanita warga Kemboja yang mendakwa orang Melayu malas menerusi video tular baru-baru ini dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, ia bagi membolehkan timbalan pendakwa raya menentukan arahan lanjut sama ada untuk mendakwa wanita berkenaan atau sebaliknya.

"Polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes itu sepenuhnya dan dirujuk pada hari ini juga kepada Pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya.

"Selain merakam keterangan wanita terbabit dan pihak yang membantu rakaman video tular itu, polis juga menyoal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain yang boleh membantu siasatan.



"Kita juga merampas telefon bimbit yang digunakan untuk merakam video berkenaan dan sudah dihantar kepada pihak forensik untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainol berkata, sehingga kini, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 25 laporan daripada pelbagai pihak di seluruh negara dan siasatan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua duanya, jika disabitkan kesalahan.

Selain itu kes juga turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua duanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dirujuk-kepada-tpr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.051245 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list