CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6538|Reply: 0

[Johor] Eratkan jalinan muhibbah, sebar kebaikan tanpa kira agama, bangsa

[Copy link]
Post time 19-11-2023 07:23 AM | Show all posts |Read mode

Permaisuri Johor yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah (kiri) berkenan menyampaikan skrol kepada penerima Ijazah Doktor Falsafah, Siti Fatimah Mohd Shahar (duduk, kanan) pada Majlis Konvokesyen UTM ke-67 di Skudai hari ini. - Foto BERNAMA



JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah agar pelajar tempatan mengeratkan jalinan muhibah dan menyebarkan kebaikan tanpa mengira bangsa atau agama termasuk persahabatan dengan pelajar dari luar negara.

Baginda bertitah, ketegangan geopolitik dunia sedikit sebanyak juga memberikan kesan kepada semua sehingga terdapat begitu banyak kesengsaraan, kehilangan orang tersayang dan rumah di beberapa pelosok dunia termasuk penderitaan dialami di beberapa negara Islam.

Raja Zarith Sofiah yang juga Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertitah pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan seperti program Serambi Al-Quds bagi membantu rakyat Palestin menyambung pengajian di UTM.

"Sebagai pusat pengajian tinggi yang tersohor, UTM telah memberi peluang kepada beberapa pelajar antarabangsa untuk mendapat pendidikan di Malaysia. Ini adalah satu usaha yang mulia.

"Marilah kita memanjat kesyukuran kerana kita boleh menawarkan tempat selamat untuk pelajar-pelajar ini yang keluarga tersayang mereka sedang mengalami kesusahan dan berdepan dengan tragedi kehilangan nyawa," titah Raja Zarith Sofiah pada Majlis Konvokesyen UTM ke-67 (MK67) di sini hari ini.



Berangkat sama isteri Tunku Mahkota Johor yang juga Pro Canselor UTM, Yang Amat Mulia Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam dan Tan Sri Dr Mohd Salleh Mohd Nor.

Raja Zarith Sofiah turut bertitah sebagai suri kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, baginda juga bertanggungjawab untuk menolong rakyat di negeri ini.

"Masih ramai di Johor yang duduk dalam keadaan daif dan tidak dapat makanan mencukupi untuk keluarga mereka.

"Pada masa sama, ramai umat Islam sedang menderita. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, sesungguhnya kami menyedari penderitaan akibat keganasan yang dirasai oleh rakyat di negara-negara dilanda dengan kesan-kesan setelah keganasan sudah dilakukan.

"Oleh demikian, marilah kita menolong mereka yang terdekat berada di negeri dan negara kita. Pada masa sama, kita pertimbangkan cara sesuai untuk menolong mereka yang sedang dizalimi di negara luar," titah baginda.

Istiadat MK67 UTM menyaksikan seramai 7,804 graduan termasuk penerima Hadiah Akademik pada program yang berlangsung selama enam hari itu sehingga Khamis ini.
- BERNAMA

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.040092 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list