Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih mengumpul risikan sekiranya terdapat sebarang ancaman ekoran kelantangan Malaysia dalam Perang Palestin-Israel.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tahap keselamatan negara ketika ini berada pada yang sangat baik.
"Buat masa ini, tiada ugutan secara terus tetapi kita masih mengumpul risikan," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan AsasKepolisan (PLAK) Inspektor Pelatih SIRI 1/2023 di Pusat Latiha Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan pegawai-pegawai kanan polis.
Dalam majlis sama, 538 orang pelatih berjaya menamatkan latihan mereka.
Terdahulu, media melaporkan PDRM
memantau sebarang penglibatan rakyat Malaysia dengan mana-mana agensi perisikan asing termasuk Mossad di negara ini.
Razarudin berkata, beliau mengakui kemungkinan kehadiran pihak perisikan asing namun risikan dan pemantauan sentiasa dilakukan bagi memastikan tahap keselamatan negara terjamin.
Bagaimanapun, katanya, setakat ini pihaknya hanya mengesan penglibatan rakyat tempatan yang diupah untuk tugas tertentu tanpa mengetahui identiti sebenar pihak yang mengupah mereka.
Malaysia akan kekal bebas dan terus mempertahankan kebebasan negara dan memperjuangkan kebebasan rakyat Palestin.