CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3183|Reply: 0

[Johor] Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor wartakan 81km adalah kadar baru 2 marhalah

[Copy link]
Post time 15-11-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Johor Bahru: Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor mewartakan fatwa yang menetapkan 81 kilometer adalah kadar baru bagi dua marhalah kepada musafir untuk menunaikan solat jamak dan qasar.

Menurut Mufti Johor Datuk Yahya Ahmad, fatwa itu diwartakan dalam Warta Kerajaan Johor, bertarikh 9 November lalu.

Kata beliau, pewartaan itu dibuat mengikut ketetapan di bawah Seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 [Enakmen 16 Tahun 2003].

"Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor, atas perintah dan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, menyediakan fatwa yang dinyatakan untuk disiarkan menurut subseksyen 48 (6) enakmen itu.



"Adalah ditetapkan bahawa penentuan kadar dua marhalah bagi musafir untuk menunaikan solat jamak dan qasar serta hukum-hukum fiqah lain yang memberi keringanan (rukhsoh) adalah 81 kilometer," katanya pada kenyataan, di sini, hari ini.

Pada 25 April tahun lalu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan penetapan kadar dua marhalah adalah 81 kilometer, selepas dilihat dan dibahaskan dengan teliti daripada setiap sudut.

Keputusan ini adalah selaras dengan keputusan yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-118 bertarikh 16 hingga 17 Februari 2021.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dar-baru-2-marhalah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.040327 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list