|
PASUKAN bomba membantu Santhi keluar dari kawasan kandang lembu yang terjejas akibat banjir kilat. FOTO Ihsan Bomba
Port Dickson: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap di kandang lembu ternakannya akibat banjir di Kampung Air Kuning, Jalan Linggi, Rantau, petang tadi.
Wanita itu, G Santhi, 58, terpaksa berpaut pada tiang di sebuah pondok di kandang itu bagi menyelamatkan diri sebelum diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak lelaki wanita itu, R Sehtu Raj memaklumkan ibunya, G Santhi, 58, terperangkap di dalam pondok yang dinaiki air di kawasan kandang lembu berkenaan.
"Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati wanita itu sedang berdiri di atas kerusi di dalam pondok sambil memeluk tiang dalam keadaan kesejukan.
"Mangsa memberitahu, dia terpaksa ke kandang lembunya itu kerana bimbang hujan berterusan sejak 1.30 tengah hari, namun terperangkap akibat banjir kilat sebelum menghubungi anaknya untuk mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataannya hari ini.
Beliau berkata, pihaknya terpaksa mencari laluan alternatif untuk menyelamatkan mangsa berikutan jambatan yang menghubungkan kandang lembu itu runtuh, selain air sungai deras.
"Mangsa dapat diselamatkan dan operasi tamat 5.30 petang tadi," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ap-di-kandang-lembu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|