View: 986|Reply: 0
|
[Johor]
Ibu tunggal pilu rumah sewa ditenggelami air, harta benda rosak akibat banjir
[Copy link]
|
|
Mohamad Razak membersihkan rumahnya di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang yang dinaiki air
PASIR GUDANG – Impian seorang ibu tunggal memulakan hidup baharu dengan berpindah ke Kampung Sentosa Damai, di sini berdepan laluan berliku apabila rumah sewanya dilanda banjir kilat, petang semalam.
Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Elin, 40, dia tidak sempat menyelamat barangan rumah seperti perabot dan perkakas rumah setelah air naik dengan pantas.
“Air banjir naik dalam masa singkat sehingga hampir setengah meter, saya tidak sempat untuk mengalihkan perabot dan perkakas rumah dan diarahkan berpindah segera ke surau kampung berdekatan pada pukul 8 malam tadi.
“Setelah air surut pagi tadi, saya lihat rumah diselaputi tanah dan lumpur, barangan elektrik semua rosak dan tidak boleh digunakan lagi,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Al-Muazakkir Kampung Sentosa Damai, di sini hari ini.
Elin yang bekerja sebagai tuang masak menetap di kampung itu bersama anak lelakinya berusia enam tahun sejak dua bulan lalu.
Sebanyak 10 mangsa banjir melibatkan tiga keluarga dari kampung itu dipindahkan ke surau itu yang dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS)selepas banjir kilat melanda penempatan yang berdekatan sungai itu.
Sementara itu, Ahmad Abdul Hamid, 48, pula berkata, sungai dan parit terlalu kecil menjadi punca banjir setelah tidak dapat menampung jumlah kapasiti air yang banyak apabila berlaku hujan lebat.
Katanya, ini bukan kali pertama kejadian banjir berlaku di kawasan tersebut pada tahun ini.
“Ini diburukkan lagi dengan tembok parit yang rendah dan apabila air terlalu banyak akan melimpah ke pekarangan rumah. Sudah tiga kali banjir kilat berlaku dalam tahun ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/11 ... osak-akibat-banjir/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|