CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 966|Reply: 0

[Johor] Bapa tiri mengaku rotan anak hingga cedera

[Copy link]
Post time 13-11-2023 04:25 PM | Show all posts |Read mode

Tertuduh Muhammad Mirza dibawa keluar selepas mengaku salah merotan anak tiri hingga cedera. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Seorang penghantar makanan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan merotan anak tiri perempuan hingga cedera dalam kejadian di sebuah rumah di Peserai, dekat sini, Mei lalu.

Tertuduh, Muhammad Mirza Hasnul Hadi, 25, bagaimanapun membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menganiayai anak tiri perempuan berusia lima tahun menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal di belakang dan kaki.

Kejadian itu berlaku apabila tertuduh menggunakan rotan mencederakan anak tirinya di sebuah rumah di Mukim 3, Peserai pada jam 11 malam, 20 Mei lalu.



Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 31 (1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, tertuduh juga boleh dikenakan tambahan hukuman iaitu bon jaminan dengan seorang penjamin supaya berkelakuan baik selama tempoh ditetapkan dan apa-apa syarat difikirkan sesuai oleh mahkamah, selain menjalankan khidmat masyarakat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Izzati Rozman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan mengemukakan dua pilihan kepada mahkamah, sama ada tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin atau menetapkan jaminan RM20,000 dengan syarat tambahan termasuk melapor diri di balai polis berhampiran.

Dalam hujahnya, pendakwaan memberi alasan bahawa jika jaminan ditawarkan, berkemungkinan tertuduh menghilangkan diri selain akan mengganggu saksi dalam kes ini.

Susulan pengakuan tertuduh, mahkamah memutuskan hukuman akan dijalankan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen di sini, esok memandangkan kes ini di luar bidang kuasa Mahkamah Majistret selain tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Tertuduh kemudian dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sebelum kes disebut semula untuk penyediaan fakta kes serta permohonan tertuduh untuk dibenarkan ikat jamin.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -anak-hingga-cedera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.317260 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list