View: 2837|Reply: 4
|
Jururawat Beremosi, Pesakit Kaitkan Tugas Tukar Lampin Dengan Gaji
[Copy link]
|
|
Melalui satu luahan di platform X, seorang jururawat wanita meluahkan rasa terkilan apabila mendengar kata-kata yang disifatkan sebagai biadab daripada seorang pesakit di bawah pengawasannya.
Menurut jururawat tersebut, pesakitnya itu merupakan seorang lelaki lanjut usia yang dipercayai uzur dan tidak lagi mampu menguruskan diri.
Gambar hiasan
"Sedihnya dengar ayat seorang pakcik ni, dia cakap kepada saya, saya bayar gaji misi (jururawat) untuk cuci lampin pakai buang saya.
"Ingat kami hamba kuli pakcik ke? Ingat ya, kami buat ni atas dasar ihsan je. Tak padan dengan sakit tapi mulut tak reti jaga. Bila masanya dia bayar gaji kami.
"Kami siap keluarkan duit sendiri lagi untuk belikan tisu basah, lampin dan apa saja untuk pesakit," kata jururawat tersebut menceritakan isi hatinya.
Wanita itu kemudiannya mencadangkan agar pesakit berkenaan pergi ke hospital swasta jika benar-benar berkemampuan.
"Geram la sejenis manusia yang fikir kalau pergi hospital kerajaan boleh suruh itu ini dengan alasan, mereka dibayar gaji atau itu memang kerja mereka. Sakitnya hati ni weh.
"Ingat satu benda je, hospital tempat merawat bukan pusat kebajikan.
"Macam-macam dah yang pernah saya tengok berlaku di sini, ada yang anak tak nak ambil ayah pulang dari hospital, pilih untuk biar je dia meninggal di sini," ujarnya.
Selain itu, wanita tersebut turut mengharapkan agar pesakit di hospital mempunyai empati terhadap jururawat.
"Kita sebagai manusia, tolong la ada common sense. Kalau nampak kami tengah sibuk, tolong la bersabar. Ini kelam-kabut duduk panggil kami semata nak minta ambilkan air.
"Lagi-lagi kalau pesakit orang kena tuduh (OKT), minta tolong la dengan warden kau. Tapi mesti kau tak berani, kau hanya berani mengada dengan jururawat nak minta itu ini, memang kami report je terus.
"Maafkan saya sebab mengadu perkara ini di media sosial, tidak wajar, tapi saya juga manusia biasa.
"Saya tak sampai hati nak sembur apa yang terpendam dalam hati ini kepada pesakit itu, kerana masih ada rasa hormat," kata jururawat tersebut menutup bicara.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memahami situasi jururawat tersebut dan cuba memberikan semangat.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kemain laser ek pokcik... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku letak abg aku, dgn maid sekali....
Bila nk discharge, doctor nk ajar cara bg susu melalui tiub....dia dah pandai dah....tak yah ajar ....kat hosp dia mati kutu sbb tak blh merokok....balik rumah dibalunnya satu hari 2kotak....tak pe...janji kau jgn hisap dlm rumah..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai lg manusia bobdoh yg pergi spital gov ingat tugas tukar pmpers tu tugas misi ye.. baca kt fb pon masih ramai yg benak.. swasta ye dicas utk tukar pampers |
|
|
|
|
|
|
|
dah tua2 pun.. ish2 layan la org the way ko nk dilayan.. sat lagi semua tak nak pi dekat mulut mcm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|