CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1685|Reply: 0

[Johor] Polis nasihat pusat pengumpulan jangan beli sawit curi

[Copy link]
Post time 8-11-2023 04:11 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMMAD SHOFEE TAYIB



PONTIAN: Polis memberi amaran kepada Pusat Pengumpulan Buah Kelapa Sawit atau REM supaya tidak membeli buah kelapa sawit yang dicuri daripada pekebun kecil di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya tidak teragak-agak menyalurkan maklumat kepada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) supaya tindakan susulan dapat diambil oleh agensi tersebut.

Katanya, sepanjang tahun ini sehingga bulan Oktober lalu sebanyak 23 laporan kehilangan buah kelapa sawit dengan Balai Polis Benut menerima paling banyak laporan iaitu sebanyak 14 kes.

“Ini diikuti dengan Balai Polis Ayer Baloi (empat laporan), Balai Polis Kayu Ara Pasong (tiga laporan), Balai Polis Permas (dua laporan) dan Balai Polis Pontian (satu laporan).

“Manakala kerugian yang dialami oleh pekebun kecil sebanyak RM13,000 dalam tempoh yang sama,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohammad Shofee, pihaknya telah berjaya menahan dua individu dan dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Katanya, tangkapan tersebut melibatkan laporan kecurian yang berlaku di Ayer Baloi dan Benut.

“Mondus operandi yang dilakukan oleh penjenayah ialah dengan melarikan buah kelapa sawit yang diletakkan di dalam kebun atau di tepi jalan tetapi belum dibawa keluar oleh peraih pada hari berkenaan.

“Polis pernah menahan suspek yang didapati menggunakan kereta persendirian dan telah memasukkan kira-kira 15 tandan buah kelapa sawit di dalamnya sebelum dijual kepada kepada pembeli,” ujarnya.

Oleh itu, beliau menasihatkan pekebun supaya memastikan peraih mengambil buah-buah kelapa sawit yang telah dipotong pada hari yang sama bagi mengelakkan ia dicuri.

“Begitu juga pihak REM supaya tidak mudah membeli buah kelapa sawit dari individu yang mencurigakan kerana tindakan tersebut boleh mendorong pencuri terus melakukan kegiatan tersebut,” tegasnya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... an-beli-sawit-curi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036893 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list