CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1296|Reply: 0

[Johor] Tergamak buat lawak terhadap orang mati

[Copy link]
Post time 8-11-2023 11:41 AM | Show all posts |Read mode

PESAKIT sebuah hospital yang terjun dari tingkat enam semalam. FOTO tular

Johor Bahru: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim menegur dan mengingatkan netizen supaya tidak mempersenda kejadian seorang pesakit orang kurang upaya (OKU) yang maut selepas terjatuh dari Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini semalam.

Beliau mengakui terganggu dengan video kejadian berkenaan sejak tular dalam media sosial sejak semalam.

"Tidak wajar perkara sensitif seperti itu dijadikan bahan lawak. Nak tidur tetapi terganggu dengan video pesakit di HSI (Hospital Sultan Ismail) jatuh dari tingkat lima bangunan hospital dengan masih berbaju hospital.

"Lagi terganggu dengan komen 'kenapa tak 'backflip' je' ( terjun balik kuang). Lawak ke dengan apa yang dilalui orang lain? Kita pun tak tahu apa yang menyebabkan dia ambil keputusan sedemikian," katanya menerusi akaun Facebook (fb) miliknya tadi.



Beliau yang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa berkata, mereka yang berdepan tekanan tidak semestinya

mengalami sakit mental sehingga terpaksa dapatkan rawatan psikiatri.

Katanya, sesetengah pesakit yang menghadapi penyakit berpanjangan biasanya ada antara mereka akan merasa mahu mengakhiri kehidupan.

"Kalau tak bunuh diri sekalipun, dari mulut akan cakap 'saya ni susahkan orang, mati tuhan ambil lebih bagus', saya ni dah tak sanggup hidup derita macam ni'.

"Mudah untuk kita cakap sabar, tak ingat tuhan, tapi kita sebenarnya tak rasai tekanan mereka pun. Tekanan kewangan.

"Anda ingat semua pesakit masuk hospital kerajaan akan dapat ubat murah? Tahu tak ada orang tertekan sebab tidak mampu untuk keluarkan duit sebab kos ubat yang tinggi dan hospital tidak mampu sediakan," katanya.

Beliau berkata, terdapat keadaan di mana pesakit seperti diabai keluarga apabila berpenyakit dan menyusahkan mereka.

Semalam, seorang pesakit OKU berusia 22 tahun maut selepas terjatuh dari bangunan HSI sebelum insiden itu tular dalam media sosial.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terhadap-orang-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052183 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list