View: 1704|Reply: 0
|
[Johor]
'Kaya' hasil kutip daun ketapang tepi jalan
[Copy link]
|
|
DAUN ketapang sebelum dikeringkan untuk dijual menerusi platform e-dagang. FOTO Alias Abd Rani
Batu Pahat: "Saya hanya keluar modal RM8 untuk kos penghantaran ke luar negara. Selebihnya saya hanya perlu pungut daun ketapang kering yang bersepah-sepah di tepi jalan. Saya tidak menyangka usaha ini membolehkan saya memperolehi untung sebanyak US Dollar 30 ( RM140 ) dengan menjual 30 helai daun ketapang kering menerusi platform e-dagang," ujar usahawan daun ketapang yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Sains dan Matematik Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Dr Mohd Zulariffin Md Maarof.
Menurutnya, idea itu tercetus kira-kira 10 tahun lalu apabila dia berdepan kesempitan hidup sewaktu bergelar mahasiswa di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
"Waktu itu, kos sara hidup semakin meningkat. Jadi saya memanfaatkan pengetahuan dalam bidang data dan matematik untuk mengkaji peluang perniagaan mempunyai modal kecil di internet.
"Menerusi pencarian itu, saya mendapati daun kering ketapang mendapat permintaan tinggi di laman e-dagang dan dikenali sebagai 'Indian leaf'.
"Rupa-rupanya apabila dicari, ia adalah daun ketapang yang bersepah di UTM. Jadi, apabila sudah tahu, saya terus mencari daun itu," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya lagi, dia kemudian memuat naik jualan daun ketapang kering menerusi e-dagang dengan tempahan pertama diperolehi pelanggan dari Texas, Amerika Syarikat.
Katanya, pelanggan terbabit membeli 30 helai daun ketapang berharga US Dollar 1 ( RM4.67 ) setiap satu.
"Bermula dari situlah perniagaan ini semakin berjaya membawa pulangan lumayan.
"Selepas itu, saya mula membuka kelas bimbingan menjadi usahawan secara fizikal membabitkan 30 hingga 40 peserta.
"Pada masa sama, saya juga melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membimbing 100 penuntut universiti termasuk kalangan dari keluarga susah," katanya.
Difahamkan daun ketapang mempunyai nilai komersil dari sudut perubatan apabila ia dipercayai mampu melawan kanser, penyakit hati, diabetis, radang sendi, sakit perut, kepala selain mengurangkan risiko penyakit kronik.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ketapang-tepi-jalan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|