|
ASNAWI Iqbal muncul penyumbang pingat pertama kontinjen negara di Sukan Asia Hangzhou. FOTO FB MAJLIS SUKAN NEGARA
Hangzhou: Dua atlet pelayaran, Asnawi Iqbal Adam dan Tengku Nuraini Ezaty Tengku Khairudeen menceriakan kem negara apabila menyumbangkan dua pingat gangsa di temasya Sukan Asia Hangzhou, hari ini.
Asnawi Iqbal yang beraksi dalam acara ILCA 4 bangkit mempamerkan aksi konsisten dalam lima perlumbaan terakhirnya dalam acara ILCA 4, sekali gus muncul penyumbang pingat pertama buat kontinjen negara.
Tidak lama kemudian, Tengku Nuraini menyumbangkan gangsa menerusi acara 'Windsurfing RSX' Wanita.
Pada perlumbaan ke-10 dan terakhir, Asnawi berjaya mengekalkan aksi konsisten untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua terbaik membolehkan dia memintas pesaing terdekatnya iaitu Mohamed Alzaabi dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan hanya perbezaan tiga mata penalti.
Selepas menamatkan 11 perlumbaan, Asnawi menduduki tempat ketiga dengan 42 mata penalti berbanding Mohamed, 45.
Pelayar Thailand, Weka Bhanubandh, memperoleh emas dengan 13 mata penalti, manakala pemain Singapura Isaac Goh (21) membawa pulang perak.
Tengku Nuraini pula meraih 40 mata untuk menamatkan saingan di belakang peserta Thailand, Siripon Ngam Kaewduang yang memenangi emas dengan 17 mata dan peserta Hong Kong, Ngai Wan Yan memenangi perak dengan 18 mata.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ngat-pertama-negara |
|