|
Leher seorang lelaki cedera selepas tersangkut seutas tali yang melintang jalan di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) simpang masuk ke Kampung Dato Mufti pada Isnin.
Kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu tular dalam dalam media sosial Twitter (X) selepas mangsa, @mdzulhilmi memuat naik video dan gambar yang memaparkan rakaman selepas kejadian.
Foto: Twitter
Difahamkan lelaki tersebut mengalami luka pada leher akibat terjerut tali tangsi ketika menunggang motosikal di jalan raya tersebut.
Dia turut meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet untuk mengambil tindakan berhubung kejadian itu.
Pada masa sama, lelaki berkenaan meminta orang awam yang melalui lebuh raya tersebut agar berhati-hati untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.-CARI
Sumber: Majoriti |
|