|
Baitulmaqdis: Tanpa menggunakan sperma, telur atau persenyawaan, saintis Israel mendakwa mereka berjaya membangunkan model embrio manusia daripada sel induk di makmal.
Menurut pasukan di Institut Sains Weizmann Israel, model itu menyerupai embrio pada hari ke-14, apabila ia memperoleh struktur dalaman sebelum ia meletakkan asas untuk organ badan.
Penemuan terbabit diterbitkan dalam jurnal Nature, Rabu lalu, selepas edisi pracetaknya dikeluarkan pada Jun, semasa mesyuarat tahunan Persatuan Penyelidikan Sel Induk Antarabangsa (ISSCR) di Boston.
Gambar Hiasan
Ketua Pasukan Saintis Israel, Jacob Hanna mengakui mereka masih jauh dalam usaha untuk mencipta embrio.
"ersoalannya, bilakah model embrio dianggap sebagai embrio? Apabila itu berlaku, kita tahu peraturannya.
"ada masa ini kita masih jauh dari titik itu," katanya.
Bagaimanapun katanya, penemuan itu boleh membuka peluang kepada cara baharu untuk menguji kesan ubat terhadap kehamilan, lebih memahami keguguran dan penyakit genetik serta kemungkinan membangunkan tisu dan organ pemindahan.
"Kami mengambil sel induk yang diperoleh daripada sel kulit manusia dewasa, serta yang lain yang dikultur di makmal sebelum mengembalikan sel kepada keadaan awal yang berpotensi untuk berkembang menjadi jenis sel berbeza.
"Kemudian kami memanipulasi mereka untuk membentuk asas sesuatu struktur yang menyerupai embrio.
"Ia bukan embrio sebenar atau sintetik sebaliknya model yang menunjukkan cara seseorang itu berfungsi.
"Dalam kira-kira satu peratus daripada agregat, kita dapat melihat sel-sel mula membezakan dengan betul, berpindah dan ia menyusun ke dalam struktur betul dan paling jauh yang boleh kita perolehi ialah hari ke-14 dalam perkembangan embrio manusia," katanya.
Matlamat mereka seterusnya, untuk mara supaya embrio itu berkembang seperti hari ke-21 sebelum mencapai kadar kejayaan 50 peratus.
Sementara itu, Profesor Pembangunan dan Sel Induk University of Cambridge, Magdalena Zernicka-Goetz berkata, kajian itu menyertai enam model lain seperti embrio manusia sama yang diterbitkan daripada pasukan di seluruh dunia tahun ini, termasuk dari makmalnya.
"Tiada satu pun daripada model ini menyamai perkembangan manusia secara semula jadi tetapi setiap satu menambah cara di mana banyak aspek pembangunan manusia kini boleh dikaji secara eksperimen," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|