CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6477|Reply: 9

Dari Bagan Datuk Ke Teluk Sena

[Copy link]
Post time 3-9-2023 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mrs_salvatore at 3-9-2023 02:02 PM

Baru-baru ni, Jambatan Bagan Datuk yang menghubungkan pekan Bagan Datuk dan Kampung Sejagop di Daerah Perak Tengah baru je siap dibina, jadi memang ramailah anak jati Bagan Datuk balik kampung semata-mata nak merasa naik jambatan baru.  Antara yang balik tu adalah 2 orang kawan sekolah aku, Ali dan Abu (bukan nama sebenar).

Semasa jambatan ni mula-mula dibuka, memang ramai yang ambil kesempatan lepak-lepak atas jambatan tu sambil menikmati pemandangan Sungai Perak yang mengalir tenang, termasuklah aku, Ali dan Abu.  Ali dan Abu ni asalnya berjiran, tapi jodoh kuat sangat, dari tadika sampai sekolah menengah dapat kelas yang sama je.  Habis SPM je baru diorang berpisah, Ali sambung diploma di sebuah IPTA di Melaka manakala Abu masuk sebuah kolej matrikulasi di Pahang.  Memang syok lepak atas jambatan tu, dahle sedap rasa macam dibelai angin sungai yang sepoi-sepoi bahasa, dari atas puncak jambatan tu kami dihidangkan pulak dengan pemandangan sawah padi di Kampung Sejagop yang tengah menghijau masa tu.  Aku sempat meluahkan rasa gembira dapat cuci mata tengok pemandangan sawah padi tu, untungnyalah kan orang Perak Tengah ni ada sawah padi.

“Ali kau ingat tak peristiwa malam tu?”, tiba-tiba Abu bertanya pada Ali.  Ali senyum-senyum kelat sambil menghembuskan asap vape dia, “mestilah aku ingat bro.  Gila aku tak ingat”.  Aku dah mula rasa macam orang ketiga, jadi aku pun cuba-cubalah nak korek peristiwa apa pulak ni.

“Kalau aku cerita mesti kau susah nak percaya”, Abu sedut asap vape dalam-dalam.  “Tapi sumpah cerita ni memang betul bro. Saksi aku tu, si Ali tu”.  Abu menudingkan jarinya pada si Ali.  Ali mengangguk-angguk tanda setuju, seolah-olah dia faham cerita apa yang si Abu ni maksudkan.    Abu pun bukak cerita….

2-3 tahun sebelum pandemic Covid19, masa ni kitorang baru je habis sekolah menengah.  Sementara nak tunggu keputusan SPM tu macam biasalah, kami sibuk nak cari kerja sambilan buat duit poket untuk ke IPT kelak.  Tapi peluang kerja part-time kat Bagan Datuk ni agak terhad, nak kerja kat shopping mall kat sini cuma ada pasaraya Billion je, nak keje kopek kelapa memang tak larat lagipun orang kampung lebih suka guna kudrat pekerja import ni dari kami yang muda berhingus ni.  Ali dan Abu saja mohon jadi pembantu stor di pasaraya The Store di pekan Teluk Intan, tak sangka pulak diorang berjaya dapat kerja tu dan yang lagi bestnya, diorang dapat shift yang sama dan di department yang sama jugak.  Keje di The Store masa tu ada 3 shift tapi sebab tak ramai lelaki jadi diorang ni diberi shift yang sama je sepanjang diorang bekerja kat situ, iaitu shift malam, masuk pukul 1 tengahari dan keluar pukul 10 malam.   Diorang pun okay je lagi bagus bolehlah ada alasan nak bangun lewat pagi.  Setiap hari diorang akan pegi keje bersama-sama, kadangkala Ali akan tumpang naik motor LC Abu, hari lain Abu bonceng motor Ysuku Ali pulak.

Malam tu, macam biasa, pkl 10.15 malam Ali dan Abu dah berada di atas jalan raya nak balik ke rumah mereka di Rumah Awam Bagan Datuk.  Jarak dari Teluk Intan ke Bagan Datuk ni adalah dalam 50 km sehala, bergantung pada trafik dan kelajuan kenderaan, dalam 45 ke 1 jam jugaklah nak sampai tu.  Malam tu diorang balik naik LC Abu.  Kenderaan tak berapa banyak malam tu, mungkin sebab hari tu hari Rabu, tengah bulan pulak tu.  Orang Bagan Datuk mesti tahu keadaan jalan dari Teluk Intan ke Bagan Datuk ni, walaupun jalannya besar, tapi ada beberapa tempat tu memang takde lampu jalan.  Dan memang takde jalan alternatif lain dah, memang jalan tu jelah nak masuk ke Bagan Datuk ni ha. Laluan lain adalah jalan baruh tapi memang melencong lagi jauh. Nak pergi ke Bagan Datuk pun cuma perlu jalan terus je, kecuali bila dah sampai simpang lampu trafik di pekan Simpang Empat, Hutan Melintang.  Dah nama  pun simpang empat, diorang kena belok kanan nak masuk Bagan Datuk.  Kalau terus akan menghala ke jeti Hutan Melintang lalu jalan baruh tu.  Kalau belok kiri akan terus ke Sabak Bernam dan negeri Selangor.  Simpang lampu trafik tulah yang paling terang berbanding tempat-tempat lain di sepanjang jalan tu.

Sesuatu yang korang perlu tahu pasal Jalan Hutan Melintang – Bagan Datuk ni,   permukaannya tidak rata, banyak bertampal sana-sini.  Walaupun ada banyak simpang nak masuk tebuk dan jalan raya lain, tapi tak banyak selekoh.  Selekoh corner lap memang takde kecuali di pekan Selekoh tu pun jalannya dah dibesarkan.  Nak pergi ke Rumah Awam Bagan Datuk tu pun cuma jalan terus je tak perlu belok-belok.  Sebenarnya ada satu jalan lain nak pergi ke situ iaitu kena belok kanan masuk Jalan Sungai Dulang, tapi jalan ni pun terkenal dengan keangkerannya jadi Ali dan Abu memang tak pernah lalu situ.  Jalanraya ni diapit dengan parit besar di kiri kanannya.  Pastu di sepanjang jalan pun ada banyak lorong-lorong kecil masuk ke kawasan kampung dan di setiap lorong kecil tu akan dipasang lampu jalan.  Jadi nak kata gelap gelita sangat takdelah, tapi kalau jalan tu takde tebuk masuk kampung, macam depan estet ke, memang gelap takde lampu.

Malam tu macam malam biasa je, tengah bulan baru beberapa hari lepas bulan mengambang.  Cuaca pun elok tiada tanda-tanda hendak hujan.  Masa ni diorang baru je lepas simpang lampu isyarat Simpang Empat tu  dan kini diorang berada di sebatang jalan gelap tidak berlampu.  Sekali-sekala Abu tersuluh kelibat kawanan anjing melenggang-lenggok berjalan di tepi jalan raya.  Jalan lurus tiada kenderaan buat Abu makin syok memulas minyak motornya.  Ngggggeeeeennnnggg laju sekali bunyi motor Abu membelah kesunyian malam itu.

Lampu motor Abu terkena satu papan tanda warna kuning hitam.   Nasib baik Abu sempat menekan brek kakinya untuk memperlahankan motosikalnya.  Papan tanda kuning dengan corak panah berwarna hitam tanda ada selekoh di hadapan.  Masa ni Abu dah rasa pelik, dia kenal sangat jalan ni, dah beratus ribu kali Abu lalu sini, rasanya kat sini mana ada selekoh. Yang lagi pelik tu siap ada penghadang jalan tanda selekoh tajam.  Tapi Abu layan jelah takkan nak berhenti kat tengah selekoh.

Jalan raya yang sebelum ni rata tapi menggerutu kini jadi berombak-ombak pulak.   Lalang-lalang di kiri kanan jalanraya itu makin meninggi sampai Abu tak nampak parit di sebelahnya.  Lampu jalan pun langsung tak nampak dah.  Yang lagi buat Abu hairan tu, makin banyak pulak selekoh kat jalan ni. 5 minit sekali je nampak selekoh.  Jalannya juga semakin sempit.

“Abu stop! Stop!”.  Ali yang sedang membonceng masa tu menepuk-nepuk bahu Ali.  Ali pun memberhentikan motosikalnya.  “Abu, kita kat mana ni?”.  Ali bertanya pada Abu.  Mata mereka melilau sana sini cuba untuk kenalpasti lokasi tempat ni. Hanya ada cahaya lampu motosikal Abu je yang menerangi jalan tu. Abu mematikan enjin motosikalnya. Bunyi cengkerik dan katak bersahut-sahutan tanda ada semak samun berdekatan.  Mustahil, sepatutnya kiri kanan ni parit.

“Wei, kenapa kat sini ada pokok kelapa sawit?  Bukan patutnya parit ke?”, Ali menunjuk ke arah kanan mereka.  Pucat lesi muka Abu bila nampak bukan sebatang, tapi sepanjang kanan jalan tu penuh dengan kelapa sawit yang rendang tu.  Buah sawit yang merah meranum tu berkilat-kilat terkena panahan cahaya lampu suluh dari telefon Vivo Ali.

Abu terpaku tak tahu nak cakap apa. Ali dapat satu idea, dia pun bukak Google Maps dan tekan butang location.  Alangkah terperanjatnya Ali apabila Google Maps menunjukkan yang mereka kini berada di atas Jalan Teluk Sena!  “Macam mana kita boleh ada kat sini wei???!!!”.  Ali dan Abu dah mula menggelabah puyuh.   Mana tak menggelabahnya, tadi diorang dah nak sampai Bagan Datuk, macam mana dalam sekelip mata diorang dah berada di Daerah Perak Tengah pulak?

Pada yang tak tahu, Jalan Teluk Sena ni adalah jalan dalam yang bermula dari Simpang Ranggam, lalu Kampung Gajah terus menuju ke Parit.  Tempat-tempat ni semuanya di luar Bagan Datuk.   Tak silap aku, antara Kampung Gajah sampai ke mana entah memang takde rumah kat situ, yang ada cuma ladang-ladang kelapa sawit milik orang kampung.  Jangankan rumah, tiang elektrik pun takde.   Jalan ni kalau siang pun tak ramai yang lalu, kecuali lori-lori bawak kelapa sawit.

Ali dan Abu dah berpeluh-peluh dah memikirkan macam mana diorang boleh terpesong jauh sampai ke sini.  Nak kata silap masuk jalan pun tak jugak, sebab diorang ingat lagi tadi masa kat lampu trafik Simpang Empat tu diorang berhenti sekejap sebab lampu merah.  Dan mustahil sangat diorang boleh sampai situ sebab masa tu jalanraya dalam Daerah Bagan Datuk takde yang bersambung dengan daerah luar, apalagi dengan Perak Tengah yang dalam  80km jugaklah dari Bagan Datuk.  Nak kata mengantuk pun tak jugak sebab malam masih awal lagi.

Abu selak lengan  jaket dia nak tengok jam di tangan. Hah! Dah pukul 12.01 malam????  Rasanya tadi laju jugak dia bawak motor, adalah dalam setengah jam dia bawak motor.  Macam mana dia boleh ‘kehilangan’ hampir 1 jam setengah ni siap boleh ‘terlajak’ masuk tempat lain.

“Ali tadi aku ada tertidur ke? Tadi kita ada masuk Jambatan Batu 5 tu ke wei?”.  Jambatan Batu 5 ni terletak di satu persimpangan tengah-tengah Bagan Datuk dan Teluk Intan.  Dari Teluk Intan kalau terus ke Bagan Datuk, masuk kiri ke Sabak Bernam, kalau masuk kanan akan ke Manjung dan Perak Tengah.  

“Tak wei. Kita berdua tak tidur pun.  Aku pun tak tahu macam mana kita boleh sampai sini”.
“Habis tu kita nak buat apa ni?”
“Nak buat apa lagi kita patah balik jelah.  Ko tak seram ke duduk gelap-gelap macam ni?”

Diorang memang tak biasa lalu jalan ni, jadi Ali pun pasanglah Google Maps menuju ke Rumah Awam Bagan Datuk.  Maps mengarahkan mereka untuk pusing balik jadi Abu pun hidupkan motor menuju ke arah tu.  Abu memang tak sabar nak tinggalkan jalan tu, tapi dia nak pecut pun tak boleh sebab tak biasa dengan jalan tu. Dahle gelap, jalannya pun berbukit-bukit dan banyak selekoh pulak tu.

Abu baru melepasi sebuah selekoh apabila tiba-tiba dia ternampak ada sebiji kereta proton wira lama  berwarna gelap tersadai di tepi jalan bertentangan dengan mereka.  Lampu dalaman kereta tu sedang terpasang, dalam gelap-gelap tu Abu nampak ada sepasang suami isteri tua di tempat duduk hadapan.  Sang isteri macam tengah pujuk-pujuk suaminya di tempat duduk pemandu.  Abu tak sempat nak brek awal jadi agak terlajak jugak dia memberhentikan motosikalnya.

“Wei apsal ko berenti ni?” Ali memarahi Abu.
“Tu ko tak nampak ke kereta wira tu?”
“Ye aku nampak tapi kenapa ko nak berhenti? Ko yakin ke tu kereta bukan…” Ali sempat mengawal mulutnya.
“Tu manusialah bro.  Ko tak nampak ke sticker ayat quran besar kat cermin belakang diorang tu?  Takan benda tu…”

Ali faham apa yang Abu maksudkan.  Diorang pun patah balik dan berhenti di tepi kereta itu.  Diorang nampak makcik tu tengah menangis sambil merintih, “abang abang…bangunlah…janganlah macam ni…”.  Abu ketuk tingkap kereta, terkejut makcik tu.  Terkial-kial makcik tu nak turunkan cermin tingkap.  Abu pun kasi salam, makcik tu jawab salam pastu Abu tanya apa makcik tu buat kat sini?

Makcik tu pun ceritalah, diorang ni dari FELCRA Changkat Lada, dapat panggilan anak perempuan diorang dah masuk wad bersalin di Ipoh.  Suami makcik tu berkeras nak pegi Ipoh malam tu jugak, tak sabar nak tengok cucu sulung katanya.  Sekali tu dalam perjalanan tiba-tiba suami makcik tu terkena serangan jantung.  Nasib baik pakcik tu sempat kawal kenderaan dan berhenti di tepi jalan.  Yang makcik ni pulak sebab kelam kabut nak pergi hospital langsung terlupa nak bawak telefon dia yang tengah caj kat rumah.  Telefon suami dia pulak lock tak tau password.

Ali yang ada asas sikit-sikit dalam bantuan kecemasan ni masa dia join PBSM dulu tu cek lah nadi pakcik tu. Nadi pakcik tu ada tapi sangat lemah.  Pakcik tu pun bukannya langsung tak sedarkan diri tapi dia pitam-pitam dan pernafasan dia pun tak lancar.  Abu dan Ali bincang nak panggil ambulans je, tapi Ali tengok kat Maps, hospital terdekat adalah Hospital Changkat Melintang, adalah dalam 15 minit dari lokasi diorang tu.  Ali dan Abu pun cadangkan pada makcik tu, apa kata diorang bawak makcik pakcik ni terus pergi hospital tu je.  Daripada tunggu ambulans nak datang, nak kasi lokasi pun diorang tak tau diorang kat mana sekarang ni.

Makcik tu pun setuju.  Ali dan Abu papah pakcik tu berbaring di tempat duduk belakang, makcik tu pun pangku kepala suami dia di ribanya.  Yang bawak kereta adalah Ali sebab Ali je tau bawak kereta manual, Abu pulak follow ikut belakang naik motor.  Habis satu botol minyak angin makcik tu guna buat urut dada suami dia.  Baunya tengik menusuk hidung Ali tapi takpela daripada dia terbau kemenyan ke bunga kemboja ke.  Sekali-sekala dia jeling tengok cermin pandang belakang nak pastikan Abu ada di belakang dia.

Hospital tu rupanya kecik je.  Ali dan Abu sempat bantu makcik tu mendaftarkan pakcik tu masuk ke unit kecemasan, tapi doktor kata diorang takde peralatan nak rawat pakcik tu jadi malam tu jugak pakcik tu dibawa ke Ipoh naik ambulans.  Makcik tu pun ikut sekali, tapi sebelum tu makcik tu mintak tolong Ali dan Abu boleh tak telefon menantu diorang kat Ipoh tu.  Nasib baiklah dalam dompet makcik tu ada nota kecik dia simpan nombor telefon penting, Ali pun gunalah telefon dia untuk makcik tu bercakap dengan menantu dia.

Tung tang tung tang, dalam pukul 2 lah jugak urusan tu selesai dan makcik pakcik tu pun dah selamat naik ambulans.  Kereta pakcik tu park di hospital.  Sejurus je selepas makcik pakcik tu berlepas ke hospital besar Ipoh, bertalu-talu mesej masuk ke telefon Ali dan Abu.  Rupa-rupanya sms panggilan telefon tidak berjawab.  Mesej dari whatsapp, fb messenger, wechat pun menderu-deru masuk.  Kesemua mesej tu adalah dari ahli keluarga diorang yang tanya kenapa diorang tak sampai lagi.

Masa nilah baru Ali dan Abu ni terfikir, kenapa tadi masa diorang kat Jalan Teluk Sena tu, ada je data nak tengok Google Maps tapi takde pun whatsapp yang masuk.  Diorang pun bincang punya bincang ambil keputusan, malam tu nak tidur kat surau hospital tu je.  Lagipun hari dah lewat sangat.  Ali dan Abu pun call keluarga masing-masing, diorang pakat cakap kat makbapak masing-masing yang diorang tidur rumah kawan malam tu dan diorang tipu sunat cakap baru balik main badminton.

Esok habis je solat subuh, nampak je cahaya matahari pertama diorang pun naik motor balik semula ke Bagan Datuk.  Masa nilah baru diorang nampak keadaan sebenar Jalan Teluk Sena tu.  Sebab masa tu Jambatan Bagan Datuk tak wujud lagi, diorang pun keluar ikut Simpang Ranggam, lalu jambatan Batu 5 tu.  Adalah dalam 1 jam setengah dari Hospital tu nak ke Bagan Datuk.  Begitu jauh diorang melencong.  Pastu macam mana diorang tak sedar diorang naik jambatan Batu 5 tu, jambatan tu bukannya pendek adalah dalam 4-5km jugak.

Beberapa hari kemudian, menantu pakcik tu menghubungi semula Ali.  Dia ucapkan terima kasih sebab bantu bapa mertua dia. Alhamdulillah bapa mertua dia semakin sihat dan dijadualkan akan menjalani pembedahan untuk sakit jantung dia.  Doktor sempat cakap kalau malam tu makcik tu tak dibantu oleh Ali dan Abu mungkin pakcik tu sekarang dah jadi arwah.

Sebenarnya sampai ke hari tu Ali dan Abu tak pernah kongsi pengalaman diorang ni dengan orang lain, termasuk dengan makbapak sendiri pun.  Entahlah bagi diorang peristiwa malam tu lagi banyak mengundang persoalan dari jawapan.  Cuma hari tu diorang tergerak nak berkongsi dengan aku.  Diorang pun izinkan aku untuk share pengalaman diorang di sini, cuma diorang mintak aku sembunyikan nama dan kolej diorang belajar je.  Setiap kali diorang lalu jalan tu mesti teringat kejadian malam tu….

Disclaimer : cerita ni sebenarnya aku dapat dari kawan kepada kawan kepada kawan.  Ada beberapa bahagian tu aku olah nak kasi sedap sikit, tapi gis-gis penting dalam cerita ni memang kisah benar.  Termasuklah lokasi dan keadaan lokasi tempat-tempat yang aku sebut dalam cerita ni.  Mungkin sapa-sapa yang pernah lalu tempat-tempat ni boleh mengesahkan kebenaran citer ni.  Jalan Sungai Dulang dalam cerita ni pun ada kisah dia jugak tapi lain harilah aku cerita.  Enjoice!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
asbab nk tolong pakcik dan makcik tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2023 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital changkat melintang tu oun boleh tahan seramnya, dulu ada benang pasal hospital ni, korang carik la
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 11:43 AM | Show all posts
ya... maybe Allah nak bagi hint supaya awk berdua dapat tolong pakcik & makcik tu... alhamdulillah.

ekceli, kita sekampung la ya.. hehe  :p
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
seram untuk yang mengalami. tapi sebenarnya allah adakan diorang di situ untuk membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:57 AM | Show all posts
i nmkn kisah ni sbg sweet mystery
gituuu


sebut google maps
bln 7 hr tu ada naik jambatan baru tu
bkk maps xde lagi ye
masa lalu tu mcm kereta naik atas air



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by scorpionkiki at 14-9-2023 02:19 PM

Ni mcm cerita i. I silap ambik tiket bas cousin...nak book ke bandar pusat jengka, terbook bas ke bandar pusat muadzam shah...jenuh cousin tunggu kami ..dan kami tunggu dia di jengka. Bila dah perasan kami silap book, kami pun bertolak ke bdr muadzam shah. Ni mmg awal pagi raya. Dlm perjalanan balik dr ambik cousin i tu,  terjumpa 2 bdk perempuan adik beradik accident. Kami sempat tolong depa. Sorang tu tak sedar2...ada darah aja di bhgn telinga. Bila dah habis raya, i call the mother. Alhamdullillah dah ok depa. Allah letak kita utk menolong sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan aku awal 80an mase kecik ikot bapak malam2 pastu nampak kete eksiden.  Bapak dia ni jenis sivik so dia stop kete pegi tinjau.  Ade cine anak beranak sorang bapak sorang anak laki remaje.  Apek tu dah mati.  Anaknye tengah terkapai2 bernafas, leher luka so darah bocor.  Boleh bapak kawan aku tu suroh dia block luka tu tekan dengan jari.  Dia baru Darjah 2 time tu.  Pastu bapak dia naik kete pegi cari bantuan.  Udah la kawan aku tu cantek rambut curly brown cam doll.  Mesti anak cine tu ingat dia angel.  So dia tunggu je sampai bapak dia balek lepas kontek polis.  Korang imejin la kehidupan jaman sebelom ade henfon.  Azab yakmat..  Anak cine tu mati depan dia.  Dia kata bersembur darah campor dengan kari roti canai.  Kesian tak sempat makan..  Hebat kawan aku tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 02:15 PM | Show all posts
black area ni uhhuhhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 03:53 PM | Show all posts
uishh
seram ehh
ada akak ponti x sana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.098522 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list