CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4021|Reply: 2

Rumah 99 Pintu yang terletak di Nibong Tebal, Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 7-8-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode




RUMAH agam usang yang terletak dalam Ladang Byram, di Nibong Tebal, Pulau Pinang, bukan sahaja menyimpan pelbagai rahsia, bahkan ia mengundang 1,001 persoalan yang masih belum terungkai.

Kediaman yang dibina di atas tanah berkeluasan kira-kira 0.5 hektar itu turut memiliki sejarah hitam tersendiri dan menyeramkan, selain dikelilingi ladang sawit.

Kediaman yang mengetengahkan kehalusan seni bina zaman kolonial British itu memiliki keunikan tersendiri serta dikatakan memiliki 99 pintu.

Walaupun sudah berkulat dan tidak berpenjaga, kemegahan kediaman dua tingkat berona kuning dan hijau itu masih jelas terpapar dari jauh, ibarat ketika zaman kegemilangannya.

Penduduk tempatan, M Sivaganam, 62, berkata rumah sembilan bilik tidur itu dikatakan dibina pada awal kurun ke-19 oleh seorang pegawai British yang mengawal daerah Nibong Tebal.



Katanya, pegawai berkenaan juga dikatakan memiliki tanah di lima ladang lain di Nibong Tebal, selain turut membina rumah sama di semua kawasan berkenaan untuk didiami kakitangannya.

"Selain Ladang Byram ini, pegawai berkenaan juga adalah tuan tanah bagi Ladang Kaldonia, Transkrian, Krian, Changkat dan Victoria, yang terletak berhampiran kawasan ini.

"Dahulunya, keseluruhan ladang ini dibangunkan dengan tanaman getah dan kelapa, sebelum ia bertukar menjadi ladang kelapa sawit selepas tanah berkenaan bertukar pemilik.

"Bagaimanapun, hanya rumah ini yang masih kekal dan rumah di ladang lain sudah dirobohkan oleh pemilik tanah yang baharu," katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Berdasarkan cerita daripada ayahnya yang juga bekas mandur di teratak berkenaan, Sivaganam berkata, rumah itu dahulunya didiami pegawai berkenaan bersama isteri dan dua anak perempuannya.

"Kalau tak salah saya, nama pegawai berkenaan ialah Carbot Downs. Dia ditembak mati oleh sepasukan pengganas komunis yang membuat serangan hendap di kediaman terbabit.

"Beliau dikatakan mati akibat ditembak sebanyak tiga kali ketika sedang turun daripada tangga untuk menghirup udara, sejurus selepas habis menjamu juadah makan malam.



"Sejak insiden itu, isteri dan dua anak perempuannya dikhabarkan berhijrah ke Australia untuk membina kehidupan baharu," katanya sambil menambah keluarga terbabit memiliki kereta jenis Volkswagen lama, yang diletakkan di bahagian hadapan rumah terbabit.

Tinjauan BH di rumah agam berkenaan mendapati kediaman itu turut dilengkapi dengan sebuah dapur, enam bilik air, beranda, stor serta bilik makan.



Keadaan rumah berkenaan pada waktu siang tidak begitu menakutkan, namun penulis yang berada beberapa jam di kawasan itu mula berasa seram pada lewat petang dan mengambil keputusan untuk pulang.

Usaha penulis mengira 99 pintu di rumah agam itu sebanyak tiga kali juga gagal apabila ketiga-tiga kiraan penulis berbeza.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 02:09 PM | Show all posts
Jadi sarang mat pit ke tak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2023 03:51 PM | Show all posts
zmn dulu2 mesti design dia cantik mula2 nihh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.174166 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list