|
Aku just nak tanya pendapat & pengalaman forummers yg lain sebelum nak buat keputusan. Aku beli rumah teres subsale as 2nd property. Rumah pertama aku apartment dah habis bayar so sekarang bayar loan rumah teres ni je la almost rm1500 (current installment). Aku beli rumah tu sbb landed property, plan lepas retire boleh la duduk landed property. Rumah teres ni ade 3 bilik kat tingkat atas + 1 bilik kecik kat bawah, dekat ngan stesen mrt (jalan kaki 5 min), dekat ngan shoplot, masjid, access ke highway utama (ldp, plus, mex) & 10 - 15 min drive ke mall kalau tak jem. Jarak universiti pun 10-15 min kalau tak jem.
Sebab rumah tu rumah lama, aku dah buat minor repair (tukar DB, lampu kipas, sistem piping, toilet seat, pintu toilet). Tinggal nak cat, polish lantai & touch up rumah je.
Aku memang plan nak sewakan rumah tu so aku furnished rumah dengan used furniture. Aku survey2 harga sewa rumah area situ ade yg sewa rumah teres jenis sama rm1300 untuk unit kosong tapi rumah tu lawa sikit la. Lately aku selalu baca pasal kes penyewa tak bayar sewa, penyewa yg rosakkan rumah. Aku tak la plan nak amik untung, asal boleh cover mortgage je. Agaknya option mana yg less risky? First option, sewa rumah to single tenant macam famili. 2nd option, sewa kan bilik2 so ade 3-4 tenants (assume 1 bilik sorang). 3rd option, buat homestay rate rm150-rm200 sehari. Setakat ni, aku boleh lagi afford loan rumah tapi saving & spending untuk bersuka ria tu limited sikit. Kalau ada penyewa & aku kene top up rm2-300 tu, ok la sikit. Macam mana nak screening potential tenant yg ok & yg financially stable? Is it better guna agen utk sewakan rumah? Or lagi less risky kalau buat homestay je (tak jamin banyak mana boleh cover mortgage)?
Tq
|
|