View: 209|Reply: 0
|
Aaron, Wooi Yik mara separuh akhir
[Copy link]
|
|
Aaron, Wooi Yik mara separuh akhir
AKSI Aaron dan Wooi ketika menentang beregu Indonesia. FOTO BAM
Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Singapura selepas menewaskan lawan dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 18-21, 21-16, 22-20 di suku akhir, hari ini.
Aaron-Wooi Yik yang diletakkan selaku pilihan ketiga kejohanan, terpaksa berhempas pulas sebelum dapat menewaskan lawan mereka itu pada perlawanan berlangsung selama satu jam 18 minit.
Ia pertemuan kelapan antara kedua-dua beregu ini dan Aaron-Wooi Yik mengungguli rekod pertemuan apabila memenangi enam daripadanya.
Carnando-Marthin yang berada di ranking ke-10 dunia mengecewakan Aaron-Wooi Yik pada suku akhir Masters Malaysia bulan lalu.
"Walaupun menang saya rasa bukan perlawanan kami boleh berpuas hati sebab dalam perlawanan (set penentuan) kita mendahului lawan dengan jurang agak besar tapi akhirnya kita menang dengan 'deuce'.
"Itu yang sentiasa berlaku kepada kami selepas mendahului lawan, banyak buat kesilapan sendiri. Perkara inilah yang harus kami perbaiki," kata Aaron.
Menanti Aaron-Wooi Yik di separuh akhir esok adalah gandingan ketiga dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.
Aaron-Wooi Yik yang berada di ranking keempat dunia hanya mencatat satu kemenangan dalam empat pertemuan dengan gandingan China berkenaan dan ia pertembungan kali kedua buat mereka bagi musim 2023.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mara-separuh-akhir
|
|
|
|
|
|
|
| |
|