CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 1

Nikotin Bukan Punca Utama Penyakit Berkaitan Merokok? Ini Info Penting Yang Korang Perlu Tahu!

[Copy link]
Post time 6-6-2023 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Nikotin Bukan Punca Utama Penyakit Berkaitan Merokok? Ini Info Penting Yang Korang Perlu Tahu!


Kredit: hellosehat.com

Korang tahu tak, menurut kajian, lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan lebih kurang 20% remaja adalah perokok. Lebih menyedihkan, dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok.

Apa sebenarnya yang mengakibatkan ketagihan merokok? Haa..rokok mengandungi nikotin dan boleh menyebabkan ketagihan. Tetapi kandungan nikotin sebenarnya bukan menjadi penyebab utama penyakit berbahaya berkaitan merokok.

Jadi, apa penyebab penyakit berbahaya berkaitan merokok?


Berdasarkan maklumat disokong oleh Philip Morris International (PMI) mengenai kajian yang dijalankan oleh Ketua Penglibatan Saintifik di Amerika Latin dan Kanada, Dr Andrea Constantini, menunjukkan rokok yang dibakar menyala pada suhu tinggi sehingga 800 darjah celcius.

Menurut Portal Rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, asap rokok daripada proses pembakaran tembakau dari rokok konvensional mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia beracun dan lebih kurang 63 dari bahan kimia tersebut boleh menyebabkan penyakit barah.

Ini jelas menunjukkan bahawa pembakaran tembakau dan asap yang terhasil daripadanya ialah punca utama penyakit berkaitan rokok.

Hasil sampingan daripada pembakaran rokok konvensional adalah tar di mana ia mengandungi kebanyakan bahan kimia berbahaya yang menyebabkan kanser dan lain-lain penyakit akibat merokok.

Apabila asap tembakau disedut, tar membentuk lapisan melekit pada bahagian dalam paru-paru yang boleh merosakkannya dan menyebabkan kanser paru-paru, emfisema atau masalah paru-paru lain.

Apabila rokok konvensional dibakar, gas karbon monoksida dihasilkan lalu mengikat hemoglobin dalam sel darah merah untuk menghasilkan carboxyhemoglobin (COHb) yang mengurangkan kapasiti pembawa oksigen dalam aliran darah.

Sebaliknya, produk alternatif seperti produk tembakau yang dipanaskan hanya memanaskan tembakau dan tidak membakar, justeru tidak membebaskan bahan kimia berbahaya sebanyak rokok konvensional.

Produk alternatif kurang berbahaya?


Kredit: Wikiwand

Kalau korang lihat pada masa kini, kebanyakan perokok sudah mula menggunakan produk alternatif seperti nikotin patch, produk tembakau yang dipanaskan untuk menyalurkan kepuasan rasa tembakau sekaligus menghilangkan tabiat merokok mereka. Ia dikatakan mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding dengan rokok.

Nikotin, walaupun menyebabkan ketagihan, bukanlah penyebab utama penyakit yang berkaitan merokok. Itulah sebabnya ia digunakan dalam Terapi Penggantian Nikotin (NRT) seperti gula-gula getah nikotin dan patch, yang disyorkan oleh pengamal kesihatan bagi membantu perokok tegar.

Manakala, produk tembakau yang dipanaskan ataupun heated tobacco direka bentuk untuk memanaskan tembakau pada suhu yang bersesuaian bagi membebaskan wap tanpa membakarnya ataupun menghasilkan asap.

Tadi, kita cakap rokok dibakar pada suhu 800 darjah Celsius kan? Produk heated tobacco ini pula cuma memanaskan tembakau pada suhu lebih rendah iaitu 350 darjah Celsius.

Disebabkan itu, Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) menyatakan bahawa produk tembakau yang dipanaskan, IQOS dapat mengurangkan pendedahan terhadap bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam rokok kepada pengguna.

Adakah produk alternatif dapat menghilangkan tabiat merokok?
Persoalan di atas ini lazim timbul dan isu ini masih menjadi perdebatan antara ahli sains dan pakar perubatan sama ada produk alternatif dapat membantu perokok yang ingin meninggalkan tabiat merokok.

Contohnya, kajian daripada British Medical Journal telah menunjukkan bahawa jumlah rokok konvensional yang dijual di negara Jepun jatuh dengan mendadak – 9.5% purata penurunan tahunan dari 2015 hingga 2018 – sejak perkenalan produk tembakau yang dipanaskan. Ini menunjukkan bahawa produk pemanasan tembakau jelas dapat mengurangkan kadar rokok dengan ketara.

Manakala, produk alternatif seperti gula-gula getah nikotin didapati kurang memberikan kesan mudarat berbanding rokok, justeru, pengamal kesihatan mengesyorkan punggunaan gula-gula getah nikotin untuk membantu para perokok. Ini juga diamalkan di negara lain seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, dan Australia.

Konklusinya, meninggalkan tabiat merokok sememangnya bukan mudah dan akan mengambil jangka masa yang panjang.

Namun, sekarang terdapat pelbagai alternatif yang jauh lebih bagus berbanding dengan rokok konvensional.

Tetapi, harus diingat, produk alternatif seperti vape, e-rokok atau produk tembakau yang dipanaskan merupakan produk yang tidak bebas dari risiko dan sesiapa yang tak ada ketagihan kepada nikotin tidak patut mengguna atau membeli produk-produk tersebut.

Sumber:https://ohbulan.com/nikotin-buka ... g-korang-perlu-tahu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2023 03:57 AM | Show all posts
Maklumat ini sangat menarik, namun vaping amat popular sekarang. Vaping dikatakan lebih baik dari merokok tetapi ia masih memberi impak kepada kesihatan dalam jangka panjang. Banyak orang mengaku masih tidak dapat meninggalkan kedua-duanya walaupun dikatakan lebih baik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.057862 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list