View: 308|Reply: 0
|
Umar perlu ikut jejak Azeem ke AS
[Copy link]
|
|
UMAR cipta sensasi di Sukan Sea lebur rekod 400m. FOTO Fathil Asri
Kuala Lumpur: Pemenang pingat emas acara 400 meter (m) lelaki di Sukan Sea Kemboja, Umar Osman dijangka mampu untuk mencatatkan masa yang lebih baik iaitu bawah 46 saat (s).
Bagaimanapun catatan masa itu hanya akan dicapai sekiranya pelari berusia 20 tahun itu mendapat sokongan yang betul serta perlu segera mendapatkan khidmat jurulatih yang baharu dan tidak bergantung kepada yang ada ketika ini.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustaffa berpendapat, tindakan Umar untuk terus berguru bersama Simon Lau yang bakal menjadi jurulatih skuad olahraga Singapura dilihat hanya akan menjejaskan prestasi atlet berkenaan.
"Bagi saya tindakan Umar untuk kekal bersama jurulatihnya berlatih di Singapura bukanlah satu tindakan yang bagus. Kalau kita lihat jurulatihnya itu sudah tentu ada tanggungjawab utama iaitu melatih atlet Singapura.
"Jadi sudah pasti tumpuan yang lebih akan diberikan kepada atlet Singapura berbanding Umar.
"Situasi ini saling tidak ubah seperti apa yang jadi kepada atlet lompat tinggi Nauraj Singh selepas dia ambil keputusan untuk kekal bersama jurulatihnya berlatih di luar negara. Kita lihat bagaimana prestasi dia sekarang.
"Rugi sekiranya bakat Umar ini dipersiakan begitu sahaja kerana dengan umurnya sekarang dia berpotensi untuk pergi lebih jauh tetapi perlu ada sokongan dan jurulatih yang betul melatihnya," katanya ketika dihubungi Arena Metro.
Dalam pada itu, Sadek mencadangkan Umar untuk mengikut jejak jaguh lari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi berkelana di bumi Amerika Syarikat (AS) bagi mengembangkan bakat yang dimilikinya ketika ini.
Justeru beliau berharap ada pihak yang tampil dapat membantu Umar memandangkan ia satu pembaziran buat sukan olahraga negara sekiranya bakat dimiliki atlet itu dipersiakan begitu sahaja.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ikut-jejak-azeem-ke |
|
|
|
|
|
|
| |
|