View: 292|Reply: 0
|
Shereen berlari dalam duka
[Copy link]
|
|
SHEREEN (kanan) ketika menyertai acara 4x400m wanita.
Phnom Penh: Ramai tidak menyedari atlet olahraga wanita negara Shereen Samson Vallabouy berlari dalam keadaan kesedihan pada acara 4x400 meter (m) wanita di Stadium Morodok techo, sebentar tadi.
Ini kerana, sehari sebelum dia turun beraksi pada acara itu, Shereen yang berpangkalan di Amerika Syarikat menerima khabar duka neneknya M Rajammah berusia 86 tahun meninggal dunia akibat sakit tua.
Khabar duka itu jelas mengganggu tumpuan atlet berusia 25 tahun itu namun dia memilih untuk terus berbakti kepada negara dengan menghabiskan larian dalam acara 4x400m wanita hari ini.
Walaupun tidak berjaya membawa pulang sebarang pingat dalam acara berkenaan, Shereen seharusnya diberikan pujian kerana tetap memberikan komitmen tinggi dengan mempamerkan larian bertenaga dalam acara berkenaan.
"Saya tetap memberi tumpuan untuk menghabiskan larian. Saya sememangnya sedih namun kita tetap perlu berikan terbaik untuk negara namun pada acara berkenaan tidak berjaya membawa pulang pingat," kata Shereen.
Acara 4x400 m wanita petang tadi menyaksikan kuartet dari Vietnam memenangi pingat emas dengan catatan masa 3 minit 37.75 saat manakala Filipina kedua (3:39.29s) dan Thailand memenangi gangsa.
Sebelum itu, Shereen Samson Vallabouy meraih tumpuan apabila memenangi emas dalam acara 400m individu wanita pada Selasa lalu.
Shereen yang diletakkan sebagai harapan untuk membawa pulang emas dalam sukan olahraga membuktikan dia sukar digugat apabila menjadi individu pertama tiba di garisan penamat menerusi catatan masa 52.53s.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -berlari-dalam-duka |
|
|
|
|
|
|
| |
|