View: 239|Reply: 0
|
Wolff kutuk jentera pasukannya sendiri
[Copy link]
|
|
RUSSELL mencatat masa keenam terpantas di GP Miami. FOTO AFP
Miami Gardens: Prinsipal pasukan Mercedes yang berang, Toto Wolff melabelkan jentera pasukannya sebagai 'sangat teruk' dan menyatakan kekecewaan kerana kekurangan penambahbaikan dibuat pada kenderaan itu.
Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan saingan di petak ke-13 dalam sesi kelayakan di Grand Prix (GP) Miami dan George Russell mencatat masa keenam terpantas tatkala Mercedes sekali lagi gagal bersaing dengan Red Bull yang dominan.
Kedua-dua pemandu Mercedes bergelut dengan jentera mereka dalam keadaan litar di Miami yang rumit.
Sergio Perez dari Red Bull meraih petak utama menjelang perlumbaan esok dan menambah luka Mercedes, Fernando Alonso, di Aston Martin, dengan enjin Mercedes, mencatat masa kedua terpantas.
Wolff tidak berminat untuk membicarakan mengenai kedudukan grid Russell walaupun ia sesuatu yang positif.
"Saya tidak rasa seronok untuk melihat jentera berada di kedudukan keenam. Ia adalah kekurangan, daripada pemahaman saya.
"Apabila keadaan menjadi buruk, ia menjadi lebih buruk dan ini berlaku untuk dia (Hamilton) dan untuk kami semua sebagai satu pasukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -pasukannya-sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|