Seorang wanita nyaris terpedaya dengan iklan jawatan kosong di syarikat Petronas namun menyedari ada sesuatu yang 'tidak kena' apabila individu yang dihubungi meminta bayaran sebanyak RM500.
Berkongsi perkara itu di Facebook, pemilik akaun tersebut, Natalya Shendy De David, lebih menimbulkan syak-wasangka adalah apabila individu tersebut meminta bayaran dibuat atas akaun persendirian.
"Saya berharap sangat tidak ada yang bodoh berlanjutan sehingga membayar kos pengangkutan itu.
"Orang betul-betul mahu cari kerja, eh... malah dikerjain," tulis lagi.
Sementara itu, pihak Petronas dalam satu kenyataan pada 25 Mac lalu memaklumkan bahawa iklan jawatan kosong tersebut adalah palsu dan meminta orang ramai tidak terpedaya. - CARI
|