CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6492|Reply: 1

Emosi Penat Berdepan Individu Toksik Di Tempat Kerja? Ikuti Tips Ini Dari Pakar

[Copy link]
Post time 31-3-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode
Emosi Penat Berdepan Individu Toksik Di Tempat Kerja? Ikuti Tips Ini Dari Pakar


Menjadi sasaran individu yang berperangai toksik di tempat kerja amat memenatkan mental dan fizikal sekiranya diri tidak mampu menguruskannya dengan baik. Maka, amat penting untuk anda mengetahui cara berdepan individu toksik ini bagi mengelakkan diri mengalami masalah mental lebih serius.

Sebagaimanan perkongsian tips dari Pakar Psikiatri, Doktor Rozanizam Zakaria, berkenaan cara menghadapi individu toksik di tempat kerja seperti di bawah.

AWAS! INDIVIDU TOKSIK MAMPU MENGGUGAT KESEJAHTERAAN MENTAL ANDA, IKUTI TIPS INI




Gambar hiasan: Shutterstock.

Menurut Dr. Rozanizam Zakaria, kebiasaannya individu yang bersifat toksik ini, akan menarik emosi dan tenaga orang yang menjadi sasarannya hingga menjadi penat. Selain itu, orang sebegini akan mencipta banyak konflik dan krisis di tempat kerja yang memberi kesan kepada emosi mangsanya.

Mereka mungkin bersifat membuli, mendiskriminasi, melanggari batas dalam perhubungan atau suka ambil kesempatan atas kelemahan orang lain untuk manfaat diri sendiri.

Maka, amatlah penting untuk anda mengetahui perkara yang boleh dilakukan untuk melindungi diri sendiri daripada individu dan persekitaran toksik di tempat kerja.

CARA BERDEPAN INDIVIDU TOKSIK, LAKUKAN 7 PERKARA INI



Gambar hiasan: Google.

1. FOKUS PADA PERKARA DALAM KAWALAN DIRI
Penting untuk anda kawal apa yang dalam kawalan diri sendiri. Fokus pada apa yang diri sendiri boleh kawal dan lepaskan perkara yang tidak boleh dikawal.

Individu toksik akan mengajak anda untuk terlibat dalam semua perkara. Jadi, jangan ambil kisah tentang perkara yang tidak berkaitan dengan anda.

Fokus dengan perkara yang perlu diutamakan dalam kerja. Ingat, anda tidak boleh ubah orang dari berkata-kata dan tingkah laku mereka. Tetapi, anda boleh ubah adalah diri sendiri dan apa yang ada dalam kawalan anda.

2. TETAPKAN SEMPADAN DIRI


Gambar hiasan: Google.

Tetapkan sempadan (boundary) supaya orang lain tak langgar batasan anda. Contoh, sempadan yang paling mudah adalah berkomunikasi dengan orang tentang macam mana anda mahukan apabila dalam sesuatu urusan.

“Aku tak nak kau buat macam ini. Kita tak boleh buat macam ini…”

Selain itu, anda perlu belajar untuk katakan TIDAK pada perkara yang tiada kaitan dengan diri atau dibebani dengan perkara yang melebihi dari kemampuan. Menetapkan sempadan antara perkara yang penting.

3. PANDAI MEMILIH PERTEMPURAN
Pilih pertempuran mana yang anda mahu terlibat. Perkara ini adalah penting kerana individu toksik suka mencipta krisis dalam perhubungan. Bahasa mudahnya, suka mencari gaduh.

Justeru itu, anda perlu pandai memilih pertempuran. Jangan terlibat dengan semua jenis pergaduhan seperti perkara-perkara kecil kerana ia akan memenatkan emosi anda.

Biarkan individu toksik ini bergelut dengan pertempuran yang mereka sendiri cipta. Anda hanya perlu pilih perkara utama yang perlu difokuskan.

4. URUS & PERHATIKAN EMOSI DIRI


Gambar hiasan: Shutterstock.

Apabila berurusan dengan individu toksik, sudah tentu anda akan berasa geram dan sakit hati. Ini akan menyebabkan individu tersebut memanipulasi (gaslighting) perasaan anda seperti membuatkan anda rasa bersalah. Justeru itu, perhatikan dan uruskan emosi anda dengan baik.

Sekiranya, anda merasakan perbualan tersebut membuatkan anda tidak selesa dan lebih beremosi, belajar untuk beredar dan lakukan perkara yang boleh mengalih perhatian diri. Hal ini penting, bagi mengelakkan diri terlibat dari melakukan perkara yang tidak diingini.

5. JANGAN SOROK PERBUATAN INDIVIDU TOKSIK
Sekiranya individu toksik ini melakukan hal yang melampaui batas seperti membuli, pastikan perbuatan ini diketahui umum. Jangan cuba untuk melindungi atau menyembunyikan perbuatan salah tersebut.

Penting untuk anda pastikan orang lain juga tahu. Malah, cuba elakkan diri dari berurusan empat mata dengan individu sebegini.

Contohnya, mengajak rakan sekerja yang lain dalam diskusi tersebut agar dia boleh menjadi saksi sekiranya perkara buruk terjadi. Dalam urusan email pula, anda boleh Cc (carbon copy) kepada bos untuk melindungi diri anda.

6. BINA ‘TENTERA’ ANDA DI TEMPAT KERJA


Gambar hiasan: Shutterstock.

Elakkan dari menyendiri di tempat kerja. Hal ini kerana, ia akan memudahkan individu toksik menyasarkan diri anda.

Justeru itu, pastikan anda mempunyai rakan kerja yang sekepala dan mempunyai kefahaman sama di tempat kerja. Seandainya, individu toksik ini ingin menyerang, dia akan beringat yang anda juga mempunyai ‘tentera’ sendiri yang akan melindungi diri anda.

7. JANGAN TAKUT MINTA PERTOLONGAN
Sekiranya 6 perkara di atas ini anda telah lakukan, tetapi individu ini berterusan mencipta persekitaran toksik dalam kehidupan anda hingga berasa burn out, jangan takut untuk meminta pertolongan.

Cuba dan beranikan diri untuk meminta pertolongan dari pihak tertentu seperti pihak atasan, jabatan sumber manusia atau individu yang anda percaya di pejabat. Hal ini kerana, diri akan terkesan secara individu, sekiranya tidak mendapat sokongan yang boleh mewujudkan kecenderungan kepada masalah mental lebih serius.

Kesimpulannya, di mana sahaja anda berada pastikan keselamatan dan kesejahteraan fizikal mahupun mental anda terpelihara. Sayangi dan lindungi diri anda sendiri.

Sumber: Facebook Dr Rozanizam Zakaria
https://siraplimau.com/cara-berdepan-individu-toksik/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2023 10:26 AM | Show all posts
Info yang menarik, terima kasih TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.042841 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list