CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6442|Reply: 1

Ini 7 Petua Rumah Tangga Kebal Elak Diserang ‘Penyondol ‘, Awas!

[Copy link]
Post time 29-3-2023 07:15 AM | Show all posts |Read mode
Ini 7 Petua Rumah Tangga Kebal Elak Diserang ‘Penyondol ‘, Awas!



Sekarang ini isu penyondol, si pihak ketiga yang menjelma dalam kehidupan rumah tangga pasangan lain semakin berleluasa. Perkara ini ibarat menjadi ‘trend negatif’ yang menjadi-jadi, di mana orang ketiga ini tanpa mempunyai segan silu berasa bahagia dan bangga menjadi seorang penghancur rumah tangga.

Melalui satu hantaran di laman Instagram milik Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, beliau ada berkongsi 7 petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumah tangga. Bahaya kalau dibiarkan, orang sekarang makin lama, makin berani. Jom baca…

PETUA ELAK DISERANG PENYONDOL DALAM RUMAH TANGGA



Hadir macam mana pun pihak ketiga, tengoklah Tok Abah tetap pandang Tok Mak kau. Walaupun pihak ketiga ini kategori manja bukan main lagi. Kalau merajuk tu, habis semua dia cakarnya.

Gambar ini jadi bukti. Tok Abah nak bergurau mesra dengan Tok Mak pun, dia buat muka toya. Cemburu tak bertempat. Bertuah punya kucing!

7 PETUA KEBAL DARI PIHAK KETIGA, SI PENYONDOL


Gambar hiasan: Google.com

Ini 7 petua nak kebal dari pihak ketiga yang menyondol dan kekal harmoni dalam rumah tangga:

1. Sentiasa letakkan keyakinan dalam diri bahawa Allah memang mengurniakan pasangan terbaik bagi kita.

Jika belum rasa dia terbaik dan banyak jumpa kelemahannya, bantu dia perbaiki kelemahan tersebut. Kerana satu hari nanti ia berubah menjadi kelebihan dan akhirnya berperanan sebagai pasangan terbaik sepanjang usia kita.

2. Sentiasalah memberi berbanding hanya menerima. Setiap hari kena renung semula, apa lagi kebaikan yang aku tak sumbangkan pada pasangan.

3. Sentiasa prihatin terhadap gerak hati isteri. Suami yang cemerlang menghormati pendapat pasangannya terutama perihal dirinya dan kasih sayang rumahtangga.

4. Sentiasa anggap konflik sebagai pintu mengenali pasangan dengan lebih akrab.

5. Sentiasa ingin berubah secara positif. Walaupun perubahan kecil, tetap kita raikan bersama pasangan.

6. Setiap malam kena saling bermaafan dengan pasangan sebelum tidur. Minta maaf macam kita minta maaf waktu hari raya tau. Barulah kita tidur dengan tenang dan esok bangun dengan ringan dan cergas.

7. Tidak berlumba nak menentukan pasangan betul atau salah. Apa yang penting adalah kebahagiaannya.

Anak cucu dan sahabat Tok Abah,

Tiada rahsia dalam rumahtangga, semuanya adalah soal dalam mencari keserasian, bertolak ansur, berusaha untuk membahagiakan serta sentiasa mengejar redha Allah yang mutlak.

Pasti, kita dapat wujudkan ‘taman syurga’ buat pasangan di atas dunia. Paling penting adalah kita berganding bahu bersama-sama menerokai kebaikan dalam diri pasangan dan diri sendiri.

Bila kita terlalu sibuk dengan pasangan maka tiada lagi ruang untuk sesiapa menyelinap masuk dalam rumahtangga kita. Biarpun kucing sendiri.

Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, semarak cinta bersama Tok Mak.

Sumber: Instagram Fadzilah Kamsah
https://siraplimau.com/ini-7-pet ... ang-penyondol-awas/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Keyword dia laki tu sendiri x gatal....rumahtangga sesetengah org tu bahagia sb laki dia x de gatal nk mencurang....bukan sb salah penyondol...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.034643 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list