View: 10968|Reply: 0
|
Ferrari perlu kekal tenang – Vasseur
[Copy link]
|
|
FERRARI gagal mempamerkan potensi terbaiknya musim ini selepas berdepan kekecewaan dalam dua perlumbaan setakat ini. – AFP
LONDON – Prinsipal Ferrari, Fred Vasseur mula merasai tekanan selepas tiga bulan mengemudi pasukan tersebut terutamanya ketika skuad berpangkalan di Maranello, Itali itu masih tercari-cari arah tujuan mereka apabila gagal menembusi ke podium.
Vasseur memulakan kempen perlumbaan Formula Satu (F1) dengan kekecewaan apabila Charles Leclerc gagal menamatkan saingan di Grand Prix (GP) Bahrain sebelum terpaksa berdepan penalti grid di Jeddah, manakala Carlos Sainz masih bergelut untuk mencari rentak.
Justeru, Vasseur menuntut pasukannya kekal tenang dan fokus kepada peningkatan prestasi pada setiap perlumbaan.
“Dalam situasi ini, kita perlu memikirkan tentang pasukan dan bagaimana kita perlu memperbaiki keadaan ini. Tetapi, saya fikir pasukan perlu tenang kerana bukan semua yang kita lakukan setakat ini adalah salah.
“Apa yang saya boleh katakan, kita melakukan beberapa peningkatan yang baik terutama di Bahrain dan membuka jurang sedikit dengan pesaing kami, bukan dengan Red Bull, tetapi melibatkan Aston Martin serta Mercedes.
“Jadi, ketika ini pasukan perlu memberi tumpuan kepada diri sendiri dan perbaiki kelemahan yang ada,” kata Vasseur.
Ferrari dijangka akan memperkenalkan pakej lebih baik menjelang Grand Prix (GP) Australia hujung minggu depan, tetapi Vasseur menegaskan pasukannya tidak akan melakukan perubahan besar pada jentera tersebut biarpun memulakan musim ini dengan hambar.
“Saya fikir kita akan ada beberapa penambahbaikan kecil pada minggu depan, tetapi secara jujur, saya tidak fikir ia datang untuk meningkatkan potensi jentera.
“Apapun, kita akan terus melakukan perkara yang terbaik pada setiap sektor untuk memastikan keadaan jentera ini semakin baik setiap kali turun bersaing,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/03 ... kal-tenang-vasseur/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|