CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6889|Reply: 0

En. Suami Bawalah Berpuasa Kejap, Bahaya Berjimak Ketika Isteri Haid Pandangan Islam & Sains!

[Copy link]
Post time 19-3-2023 11:06 AM | Show all posts |Read mode
En. Suami Bawalah Berpuasa Kejap, Bahaya Berjimak Ketika Isteri Haid Pandangan Islam & Sains!



Perbuatan pasangan melakukan hubungan kelamin ketika isteri masih dalam keadaan haid adalah perkara yang janggal untuk dilakukan bagi sesetengah individu. Dalam Islam pula, ianya jatuh hukum haram sekiranya pasangan suami isteri bersama ketika haid.

Justeru itu, terdapat dua sudut pandangan yang penulis ingin kongsikan mengenai bahaya melakukan hubungan kelamin ketika isteri datang bulan. Pertama dari perspektif pandangan Islam dan kedua dari sudut perubatan. Mari teruskan membaca!


BERSAMA KETIKA HAID, APA BAHAYANYA?



BERSAMA KETIKA HAID DARI PANDANGAN ISLAM
1. HUKUM BERSETUBUH KETIKA DATANG HAID
Hukum bersetubuh ketika isteri datang haid adalah haram berdasarkan firman Allah SWT:

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah:

“Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.

Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah al-Baqarah: 222)

Justeru itu, suami hendaklah menahan diri ketika fatrah atau tempoh yang dilarang daripada melakukan persetubuhan. Isteri hendaklah mandi wajib dahulu sebelum bersama.

Dalam agama lain pula, pastinya juga tidak menggalakkan perbuatan ini kerana anda berisiko menghadapi penyakit kelamin.

2. KEBERSIHAN
Agama Islam mengajar umatnya untuk menitikberatkan tentang kebersihan. Kelemahan terbesar melakukan hubungan seks semasa haid ialah keadaan darah yang tumpah merata. Darah boleh mengenai diri anda, pasangan dan cadar katil, terutamanya jika anda mempunyai darah yang banyak.

Selain daripada mengotorkan katil, pendarahan mungkin membuatkan anda berasa tidak lalu dan hilang keronokan untuk meneruskan akiviti berjimak.

BERJIMAK KETIKA ISTERI DATANG BULAN DARI SUDUT PERUBATAN




1. RISIKO HAMIL

Ya, seorang wanita itu kemungkinan boleh hamil selepas berjimak sewaktu kedatangan haid. Malah, ini merupakan berita yang tidak diinginkan oleh wanita yang tidak mahu mengandung. Perkara ini boleh berlaku kerana:

Apabila dia mengalami pendarahan yang disangkakan sebagai haid, tetapi ia berdarah akibat ovulasi. Proses ovulasi merupakan sebahagian dari kitaran haid yang berlaku apabila telur (ovum) dilepaskan dari ovari wanita. Ia adalah masa yang paling mungkin akan hamil jika melakukan persetubuhan.


Ovulasi berlaku sebelum pendarahan haid berhenti.


Ovulasi berlaku dalam masa beberapa hari selepas haid perempuan tamat. Sperma boleh menyuburkan telur selama 3 hari. Sekiranya, anda melakukan hubungan seks pada hari terakhir haid dan mengalami ovulasi dalam beberapa hari akan datang, sperma mungkin masih menyuburkan telur.


2. RISIKO DIJANGKITI PENYAKIT

Melakukan hubungan seks pada bila-bila masa tanpa perlindungan adalah aktiviti yang berisiko. Selain risiko hamil, anda juga boleh mendapat penyakit jangkitan kelamin (STD). Antaranya seperti:

  • Chlamydia
  • Gonorrhea
  • Human immunodeficiency virus (HIV)
  • Herpes
  • Ketuat alat kelamin


Virus ini hidup dalam darah dan ia boleh merebak melalui sentuhan dengan darah haid yang dijangkiti.

Satu-satunya cara untuk mencegah STD sepenuhnya adalah berpantang dari melakukan seks ketika datang bulan. Erti lain tahan nafsu diri anda dan pasangan serta jangan melakukan hubungan seks pada waktu itu.

KESIMPULAN

Berjimak ketika haid merupakan perbuatan yang pelik dan janggal bagi sesetengah individu, namun ia terpulang kepada diri sendiri.

Bagi individu beragama Islam, sentiasa ingat bahawa hukum melakukan perbuatan tersebut adalah haram. Bahkan, anda berdepan risiko untuk dijangkiti penyakit kelamin! Jangan kerana inginkan kepuasan, habis tersiksa satu badan.


Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan / Kids Health / Healthline

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 43667 Replies : 6
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 43352 Replies : 2
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 49989 Replies : 144
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 18145 Replies : 145
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38255 Replies : 23
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39129 Replies : 38
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 41532 Replies : 355
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 13184 Replies : 7
Bukan pisang:Cuma guna tulang ayam, artis muda Malaysia bijak hasilkan pameran seakan-akan tapak arkeologi di ibu negara
YgBenarBukan pisang:Cuma guna tulang ayam, arti
Views : 12752 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 275946 Replies : 8049

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.055742 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list