|
KIPTUM tiba di garisan penamat di Valencia.
London: Jaguh Kenya, Kelvin Kiptum dan pelari Habsyah, Amane Beriso muncul atlet maraton lelaki dan wanita ketiga terpantas dalam sejarah selepas mencatat kejayaan di Valencia.
Kiptum, 23, yang tampil kali pertama melengkapkan lariannya dalam masa dua jam satu minit 54 saat manakala Amane, 31, mencatat 2:14:58s untuk kategori wanita.
Catatannya mengatasi rekod milik jaguh Britain, Paula Radcliffe yang mencatat 2:15:25s pada 2003 di London yang juga rekod dunia selama 16 tahun dan kini berada di tangga keempat dalam catatan terbaik sepanjang zaman.
"Saya lebih daripada gembira. Suasana dan persekitaran sangat sesuai untuk saya," katanya.
Rekod Paula bertahan sehingga 2019 sebelum dipintas atlet Kenya, Brigid Kosgei yang mencatat 2:14:04s di Chicago.
Rakan senegara Brigid, Ruth Chepngetich seorang lagi atlet mencatat bawah 2:15:00s dengan catatan 2:14.18s di Chicago pada Oktober lalu.
Jaguh Kenya, Eliud Kipchoge yang mencipta 2:01:09s untuk memecahkan rekod dunianya sendiri di Berlin pada September dan pelari Habsyah, Kenenisa Bekele dengan catatan 2:01:48s muncul dua atlet lelaki lain yang berlari lebih laju daripada Kiptum.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lam-sejarah-maraton |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|