View: 756|Reply: 0
|
Terengganu optimis pertahan Piala Agong
[Copy link]
|
|
Aksi separuh akhir Piala Agong antara pasukan Putrajaya (jersi biru) dan PDRM sebelum ini. - Foto ihsan KRM
KUALA LUMPUR: Skuad ragbi Terengganu optimis mampu mempertahankan kejuaraan Piala Agong menjelang aksi final menentang Putrajaya di Stadium TUDM Shah Alam, esok.
Jurulatih Terengganu, Nik Safuan Ismade Nik Man percaya barisan pemainnya mampu memenangi perlawanan jika mereka menggunakan segala kelebihan yang dimiliki pasukan itu.
Pasukan Pantai Timur itu mara ke final selepas menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 24-22 pada aksi separuh akhir Rabu lalu.
"Putrajaya dibarisi pemain kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan. Dari aspek itu, sudah tentu ia memberi sedikit kelebihan kepada mereka.
"Sebagai jurulatih, saya sudah mengenal pasti beberapa kelemahan mereka daripada perlawanan separuh akhir dan kami akan cuba mengambil kesempatan di atas kelemahan itu.
"Sebagai jurulatih apa yang saya boleh lakukan adalah untuk mengenal pasti kelemahan mereka (Putrajaya). Berdasarkan perlawanan separuh akhir, kita mengesan beberapa kelemahan dan akan cuba memanfaatkannya.
"Kami juga perlu mengukuhkan lagi pasukan dalam beberapa aspek. Namun, saya yakin kami mampu untuk mengatasi Putrajaya tetapi dalam masa yang sama ada beberapa faktor yang kami tidak boleh kawal seperti keadaan cuaca dan pengadil," katanya.
Terengganu tampil pada kempen tahun ini sebagai juara bertahan selepas muncul juara pada edisi 2019. Pada tahun 2020 dan 2021 kejohanan tidak diadakan berikutan pandemik COVID-19.
Sementara itu, jurulatih Putrajaya, Brad Mika enggan mengulas panjang mengenai perancangannya menjelang aksi final menentang Terengganu.
Putrajaya mara ke final selepas menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 29-24 pada aksi separuh akhir.
"Kami tidak mahu melakukan banyak perubahan. Perkara yang paling penting bagi kami adalah tempoh masa pemulihan yang singkat (antara separuh dan akhir) jadi proses pemulihan yang betul akan menjadi kunci utama," kata Mika.
Sebagai rekod, Putrajaya tidak pernah menjuarai Piala Agong dengan pencapaian terbaik mereka adalah mara ke separuh akhir pada 2009.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ertahan-piala-agong |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|