CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 813|Reply: 0

Iga keliru, kecewa Simona gagal ujian doping

[Copy link]
Post time 31-10-2022 08:50 AM | Show all posts |Read mode
Iga keliru, kecewa Simona gagal ujian doping


IGA terkejut dengan berita doping membabitkan Simona. FOTO AFP


Texas: Jaguh nombor satu dunia, Iga Swiatek berkata, dia berasa keliru selepas Simona Halep dikenakan penggantungan sementara kerana doping dan berharap akan ada lebih banyak penjelasan tidak lama lagi mengenai masa depan pemain Romania itu.

Juara dua kali kejuaraan utama itu digantung sementara oleh Agensi Integriti Tenis Antarabangsa bulan ini selepas dia disahkan positif menggunakan roxadustat penambah darah yang dilarang.

Halep diuji semasa Terbuka Amerika Syarikat dan kedua-dua sampel A dan B miliknya disahkan mengandungi ubat anti-anemia yang merangsang pengeluaran sel darah merah, sama seperti bahan terlarang Erythropoietin.

"Yah, pastinya ia mengelirukan saya kerana saya tidak menyangka akan mendengar berita ini. Simona, dari sudut pandangan saya, kelihatan seperti seorang yang sentiasa mengambil berat mengenai berlaku adil dan dia adalah contoh yang baik untuk saya," kata Iga

Simona menyifatkan larangan itu sebagai 'kejutan terbesar dalam hidupnya' dan menafikan dengan sengaja mengambil sebarang bahan terlarang.

"Saya tidak tahu bagaimana ia berfungsi dari segi sistem ... Adakah dia akan diuji beberapa kali lagi atau apa sahaja? Semoga ia akan menjadi lebih jelas untuk peminat dan kami.

"Tetapi ia mengecewakan dan dia pasti berasa sangat teruk. Dari pandangan saya, perkara yang paling penting bagi saya hanyalah menjaga diri sendiri, sentiasa selamat, menjadikan persekitaran saya lebih selamat dan berhati-hati. Jadi kami akan melakukannya," kata Iga.

Halep had described the ban as the "biggest shock of her life" and denied knowingly taking any banned substance.

"I don't know how it works in terms of the system ... Is she going to be tested a couple of more times or whatever? Hopefully it's going to be more clear for fans and for us," Swiatek added.

"But it's disappointing and she must feel really bad. From my point of view, the most important thing for me is just taking care of myself, being safe always, making my environment more safe and being careful. So we'll do that."

SUMBER:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -gagal-ujian-doping

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.354613 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list