|
Walaupun menetap di Los Angeles, namun aktres Bollywood bertaraf antarabangsa, Priyanka Chopra tetap menyambut perayaan Diwali bersama suaminya, Nick Jonas.
Bahkan, ia juga merupakan perayaan Diwali pertama Priyanka dan Nick bersama anak perempuan mereka, Malti Marie Chopra Jonas.
IG Nick
Nick dan Priyanka berkongsi beberapa gambar sambutan Diwali di kediaman mereka menerusi Instagramnya.
Malah, mereka turut memuat naik gambar bersama Malti, namun wajah Malti tidak didedahkan, sebaliknya ia ditutupi emoji berbentuk hati.
IG Nick
Priyanka mengenakan lehenga berwarna kuning cair dengan gabungan emas, manakala Nick pula mengenakan kurta pijama sutera rona yang sama. Si kecil Malti juga nampak comel mengenakan legenda yang sedondon dengan ibunya.
Mereka turut melakukan puja Diwali di sebuah bilik yang dihiasi dengan lilin dan bunga-bungaan. Patung Lod Shiva juga turut kelihatan.
Sewaktu Priyanka melakukan puja Diwali itu, Malti duduk di atas ribanya. Malah, hujung jari Malti pula memegang jari bapanya, Nick.
Nick turut menulis kapsyen, “Meraikan Diwali yang indah bersama ♥️. Selamat Hari Diwali semua.”
Terdahulu, Priyanka, Nick dan ibu Priyanka iaitu Madhu Chopra telah pun menyambut Diwali bersama-sama dengan menikmati makan makan di sebuah hotel.
Sumber: Getaran
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|