View: 1004|Reply: 0
|
Sah atlet angkat berat Terengganu gagal ujian doping
[Copy link]
|
|
TUN Ahmad berkata berita itu pastinya mengecewakan dirinya serta mencalarkan imej kontinjen Terengganu. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Ketua kontinjen Terengganu, Datuk Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak mengesahkan dua atlet angkat berat negeri itu adalah antara tiga atlet yang gagal ujian doping sekali gus tidak dibenarkan beraksi pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2022.
Jelas beliau, tindakan lanjut terhadap kedua-dua atlet itu akan diambil sebaik berakhir temasya Sukma kali ini.
"Memang ada atlet Terengganu yang terlibat tetapi saya sendiri pun tak tahu nama atlet yang terbabit.
"Jika ikut peraturan, setiap atlet yang didapati positif akan dilarang daripada menyertai Sukma, jadi mereka tidak turut serta. Tindakan selanjutnya akan diambil apabila kita kembali ke Terengganu. Tengoklah sama ada atlet itu hendak buat ujian kali kedua atau pun apa-apa tindakan lain," katanya.
Jelas Tun Ahmad, berita itu pastinya mengecewakan dirinya serta mencalarkan imej kontinjen Terengganu dan berharap ia menjadi pengajaran bermakna bukan sahaja kepada kontinjen negeri itu, malah atlet dari negeri lain juga.
"Setiap kali berlaku perkara seperti ini memang kita akan berasa kecewa kerana ia juga membabitkan sukan negara. Kami sudah pun mengambil langkah-langkah peringatan kepada semua atlet dan jurulatih untuk berjaga-jaga dengan apa-apa bahan yang diambil.
"Jangan sampai tersilap ambil, sebab sudah banyak kali alasan tersilap ambil, kita ingat ubat lelah atau ubat batuk. Jadi alasan sebegini kita sudah tidak boleh terima. Kalau sakit pun, kita kena ambil ubat-ubatan yang dibenarkan.
"Ini adalah pengajaran kepada kita dan juga kepada kontinjen lain juga. Harap pada Sukma 2024 nanti, kes seperti ini semakin berkurang," katanya.
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat dalam satu kenyataan semalam berkata, badan induk itu mengumumkan untuk menarik diri daripada mengendalikan sukan itu pada Sukma kali ini.
Ia susulan tiga atlet daripada dua negeri terlibat dengan penggunaan doping sekali gus memaksa PABM 'meninggalkan' Sukma dengan mengikut ketetapan seperti yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2019 dan Mesyuarat Exco PABM, sebelum ini.
Ketetapan itu menyatakan sekiranya terdapat atlet ahli gabungan ataupun persatuan negeri yang positif doping, maka penyertaan atlet berkenaan dan juga atlet lain dalam ahli gabungan mahupun persatuan negeri yang ada di antara atletnya positif doping akan digantung dari Sukma 2022.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -gagal-ujian-doping |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|