CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2129|Reply: 3

Kuntuman bunga unik daripada sisik ikan siakap

[Copy link]
Post time 3-8-2022 01:29 PM | Show all posts |Read mode
Kuntuman bunga unik daripada sisik ikan siakap


Kuntuman bunga daripada sisik ikan siakap dan tamuk dihasilkan Lijah. - Foto/Omar Ahmad


KOTA TINGGI: Siapa sangka sisik ikan siakap dan tamuk yang selalunya dibuang boleh dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan termasuk bagi menghasilkan produk kraf tangan seperti bunga hiasan yang cantik dan unik.

Inovasi cetusan idea pengusaha kraf siput dari Kampung Sedili Kecil, Lijah Jabar, 59, ternyata mengagumkan apabila mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan untuk dijadikan bunga pahar, pin tudung, cenderahati dan pelbagai lagi.

Beliau berkata, daripada sisik ikan bersaiz besar dibuang di pasar begitu saja, lebih baik dimanfaatkan bagi tujuan itu.

"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh ke bengkel dan sektor pelancongan tidak beroperasi, lantas saya terfikir hasilkan sesuatu daripada sisik ikan kerana mudah diperoleh," katanya ditemui di bengkel miliknya di Kampung Sedili Kechil di sini.

Lijah berkata, dia dibantu anak saudaranya, Norfarizah Mazlan, 32, ketika ini sedang membuat cenderahati terutama bunga pahar.

Katanya, satu kilogram (kg) sisik ikan diperlukan untuk membuat satu set bunga pahar, iaitu 25 batang dengan setiap satun mengandungi dua hingga tiga kuntum bunga.

"Masa mula cuba buat bunga pahar guna sisik ikan hasilnya tidak berapa cantik. Selepas berulang kali dan tahu tekniknya, bunga dihasilkan nampak cantik serta unik.

"Biasanya sekilogram sisik ikan digunakan untuk menghasilkan satu bunga bergantung jenis dan saiz sisik ikan.

"Kita pakai sisik ikan siakap dan ikan tamuk kerana lebih besar dan lebar. Setiap kuntum bunga memerlukan 10 hingga 16 keping sisik bergantung jenis bunga.


Pelbagai hasil kreativiti Lijah penuhi permintaan pelanggan. - Gambar/Omar Ahmad


Untuk dua set bunga pahar mengandungi 50 bunga boleh disiapkan dalam tempoh seminggu," katanya turut memiliki inap desa di kawasan ini.

Lijah berkata, bekalan sisik ikan diambil dari pasar, manakala selepas pandemik ada nelayan menjual dan menghantar kepadanya.

"Sisik ikan dibasuh bersih sehingga hilang bau sebelum dijemur dan dikeringkan. Selepas proses mengering diasingkan sisik ikan mengikut saiz, sebelum diwarnakan guna teknik 'air brush'.

"Kemudian sisik ikan dibentuk dan digam menjadi pelbagai jenis bunga seperti bunga kertas, mawar, kekwa dan orkid.

"Selain hiasan meja, bunga ini juga buat bonquet untuk tempahan hadiah termasuk pelanggan dari Perak," katanya.

Lijah juga membuat cenderahati menggunakan siput dan kerang yang dicari sendiri di persisiran Pantai Sedeli atau daripada nelayan di situ seperti siput manis, siput kuning, siput batik, lokan, kulit remis, kerang, siput bulan dan siput duri.



Bingkai gambar dilengkapi kulit siput. - Gambar/Omar Ahmad

"Proses membersihkan kulit siput mengambil masa tiga bulan bergantung kepada kekotoran.

"Sejak berkecimpung dalam bidang ini saya sudah menghasilkan lebih 50 produk termasuk rantai kunci, gelang, rantai leher, hiasan meja, cermin dan hiasan dinding.

"Harga dijual antara RM1.50 hingga RM300 bergantung kepada jenis hiasan dan siput digunakan," katanya mendapat bantuan peralatan daripada Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).


Lijah menghasilkan pelbagai kraf tangan menggunakan sisik ikan dan kulit kerang. - Gambar/Omar Ahmad


Sebelum ini, Lijah mengikuti kursus dianjurkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) kepada isteri nelayan di Kedah, pada 1990 menggunakan siput untuk dijadikan cenderahati bagi menambah pendapatan.

Selepas menetap di Kota Tinggi, usaha itu diteruskan yang kini sudah lebih 30 tahun mengusahakan produk kraf tangan berasaskan pelbagai jenis siput.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... a-sisik-ikan-siakap

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cantiknya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Sgt unik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.208338 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list