Gambar hiasan (Sumber inFraken)
Platform TikTok bukan hanya menjadi tempat untuk berhibur tetapi juga medan perkongsian apa juga perkara termasuklah bakat menyanyi, berlakon, melawak, memasak serta pelbagai tips berguna sama ada teknik solekan mahu pun kecantikan.
Bagaimanapun, ada juga 'trend' terkini yang tidak masuk akal seperti 'vabbing' iaitu penggunaan cecair rembesan alat sulit wanita yang dijadikan sebagai pengganti minyak wangi.
Gambar hiasan
Memetik laporan Daily Mail, perkara itu menimbulkan gambaran menjijikakan apabila cecair tersebut dicalit pada permukaan kulit seperti di pergelangan tangan, belakang telinga dan tengkuk.
Seorang pengguna TikTok berkongsi testimoni berkata, dia rasakan 'vabbing' berjaya kerana didekati oleh tiga orang lelaki yang salah seorang daripadanya menawarkan untuk membelikan minuman buatnya.
"Tetapi saya tolak. Seorang rakan yang mencuba teknik ini juga menarik perhatian lelaki. Saya rasa ia berjaya," kata wanita terbabit.
Sementara itu, ada seorang lagi wanita yang berkongsi pengalaman mencuba cara itu dipuji wangi oleh jiran lelakinya.
Shan Boodram
Dalam pada itu, pakar dalam bidang seks, Shan Boodram menjelaskan sehingga ke hari ini belum ada kajian sains berkaitan cecair alat sulit yang boleh dijadikan pengganti minyak wangi serta mampu menarik perhatian lelaki. -CARI
|