View: 714|Reply: 0
|
Zii Jia ke suku akhir Terbuka Indonesia
[Copy link]
|
|
Lee Zii Jia mara ke suku akhir Terbuka Indonesia. - AFP
KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila melangkah ke suku akhir Terbuka Indonesia, sebentar tadi.
Kejayaan itu hadir selepas pemain nombor lima dunia berkenaan menundukkan Sameer Verma dari India 21-10, 21-13 dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Istora Senayan.
Keputusan itu turut menyaksikan Zii Jia melebarkan rekod kemenangan ke atas Sameer apabila dia kini menang lima daripada tujuh pertemuan mereka setakat ini.
Kali terakhir pertemuan mereka sebelum ini menyaksikan Zii Jia tewas di tangan Sameer ketika saingan Terbuka Thailand pada Januari tahun lalu.
Zii Jia akan bertemu pemenang perlawanan antara juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dengan pemain Perancis, Toma Junior Popov bagi merebut tiket ke separuh akhir, esok.
https://www.bharian.com.my/sukan ... r-terbuka-indonesia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|