|
HAMILTON mengibarkan bendera Brazil ketika meraikan kemenangannya di Grand Prix Brazil tahun lalu. FOTO Agensi
Sao Paulo: Juara dunia Formula Satu tujuh kali, Lewis Hamilton berkata dia hilang kata-kata apabila diberi penghormatan mendapat kerakyatan Brazil selepas Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang berkenaan perkara itu, hari ini.
Usaha itu dicadangkan oleh anggota kongres Andre Figueiredo selepas pada Grand Prix Brazil tahun lalu pemandu Britain itu mengibarkan bendera Brazil di litar Interlagos, Sao Paulo ketika meraikan kemenangannya.
"Hari ini saya diberikan penghormatan kerakyatan di salah satu tempat kegemaran saya di dunia.
"Saya hilang kata-kata sekarang. Terima kasih Brazil, saya sayang anda, saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anda lagi," kata Hamilton yang beraksi di Azerbaijan minggu ini di akaun Instagram miliknya.
Legenda bola sepak Brazil, Pele kemudian membalas: "Tahniah Lewis. Saya gembira kerana mulai sekarang, saya boleh anggap anda sebagai rakyat negara ini."
Dewan Rakyat kini akan mengadakan majlis untuk pengiktirafan kerakyatan kepada bintang berusia 37 tahun itu namun tarikhnya belum ditetapkan.
Figueiredo, ahli Parti Buruh Demokratik Brazil, memuji tindakan pemandu Mercedes itu pada perlumbaan tahun lalu yang menyatakan dia sentiasa menganggap juara dunia tiga kali dari Brazil, Ayrton Senna sebagai idola zaman kanak-kanaknya.
Ahli Kongres, Jhonatan de Jesus dari parti Republikan dalam satu laporan pula berkata Hamilton mempunyai hubungan istimewa dengan Brazil dan penghormatan itu wajar diberikan kepadanya.
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=61
|
|