CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 611|Reply: 0

Peranan besar Iodin

[Copy link]
Post time 28-5-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode
Peranan besar Iodin


LEHER bengkak seperti beguk akibat kekurangan iodin.

PERKATAAN iodin mungkin kedengaran asing berbanding nutrien lain diperlukan dalam diet seperti vitamin dan zat besi.

Namun peranan mikro nutrien ini sangat penting kerana untuk menghasilkan hormon tiroid yang diperlukan bagi pertumbuhan normal, pembesaran dan metabolisme sepanjang hayat.

Malah dalam keadaan tertentu terutama bagi bayi dan kanak-kanak yang dilahirkan dengan kekurangan iodin mereka boleh menghidap penyakit beguk dan andai serius, ia mungkin mengundang kecacatan mental.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dalam kajian ke atas penduduk di Timur Tengah pada 2017, mendapati kira-kira satu pertiga mengalami masalah kekurangan iodin.

Mereka ini terdedah kepada 10 gejala berikut:

1. Berat badan tidak terkawal

Kekurangan iodin akan membawa kepada peningkatan berat badan yang tidak dijangka. Apabila seseorang mempunyai metabolisme yang sihat, mereka membakar kalori untuk memberi tenaga.

Kekurangan pengambilan iodin akan menyebabkan penghasilan hormon tiroid berkurangan dan kemungkinan menghidapi gangguan hipotiroidisme.

Kesannya metabolisme individu berkenaan menjadi perlahan, kalori lebih cenderung disimpan sebagai lemak, yang membawa kepada peningkatan berat badan. Walaupun mereka aktif dan melakukan pelbagai aktiviti olahraga, tetapi berat badan tetap tidak berkurang.


PENAT dan mudah letih juga gejala kekurangan iodin.

2. Rasa lemah dan mudah letih

Apabila seseorang mengalami kekurangan iodin, dia akan berasa lemah dan tidak bermaya. Kerja semudah mengangkat objek yang tidak berat pun akan dirasa begitu memenatkan.

Ia mungkin berpunca daripada masalah hipotiroidisme yang melambatkan kadar metabolisme seseorang. Ini bermakna badan mereka membakar lebih sedikit kalori untuk tenaga. Kurang tenaga bermakna otot tidak berfungsi dengan cekap.

3. Kehilangan rambut

Kehilangan rambut tidak semestinya disebabkan syampu yang tidak sesuai atau masalah rambut. Ia juga boleh disebabkan kekurangan iodin.


RAMBUT gugur juga boleh disebabkan kekurangan iodin.

Hormon tiroid menyokong pembaharuan folikel rambut. Apabila seseorang mempunyai hipotiroidisme dan kekurangan hormon tiroid, bermakna proses memperbaharui folikel rambut juga terhenti.

Dalam keadaan normal, rambut gugur secara semula jadi tetapi digantikan oleh folikel baru. Pada individu yang alami hipotiroidisme, proses ini menjadi perlahan atau terhenti yang menyebabkan rambutnya semakin berkurang.

4. Mengeringkan kulit

Kulit yang kering juga boleh menjadi tanda hipotiroidisme, kerana ia boleh berlaku akibat kekurangan iodin.

Hormon tiroid membantu pembaharuan sel. Kekurangan hormon ini menyebabkan sel-sel kulit mati, kadang-kadang mengakibatkan kulit kering dan kelihatan seperti bersisik.

5. Cepat berasa sejuk

Kekurangan iodin menyebabkan kekurangan hormon tiroid lalu kadar menurunkan kadar metabolisme seseorang.

Penurunan metabolisme bermakna kurangnya penghasilan tenaga yang juga menyumbang kepada mekanisme

semula jadi dalam menghangatkan badan. Justeru mereka ini lebih mudah sejuk.

6. Memperlahankan kadar denyutan jantung

Kekurangan iodin boleh membuat jantung seseorang berdenyut lebih perlahan. Kesannya mereka akan berasa pening, sakit dan lemah.

7. Masalah pembelajaran atau ingatan

Kajian pada 2014 mendapati bahawa hippocampus (bahagian otak yang berkait dengan memori, khususnya daya ingatan jangka panjang) adalah lebih kecil pada orang yang mempunyai tahap hormon tiroid yang rendah.

Ini bermakna kekurangan iodin boleh mengganggu fungsi otak seperti daya ingatan dan pembelajaran perkara-perkara baru.

8. Komplikasi kehamilan

Masalah iodin dalam kalangan wanita hamil lebih rumit kerana bukan saja menjejaskan kesihatan malah bayi yang sedang berkembang dalam rahim.

Selain menggugat pertumbuhan otak, bayi dalam kandungan yang kekurangan iodin lebih cenderung untuk mati.

9. Haid tidak teratur dan banyak

Disebabkan kekurangan iodin mengganggu penghasilan hormon tiroid, maka wanita juga boleh mengalami tempoh haid yang lama dan kerap.

10. Leher membengkak

Jika seseorang kekurangan iodin, lehernya mungkin menjadi bengkak. Ini kerana kelenjar tiroid terletak di leher turut membesar.

Penjelasan mudah difahami apabila tiroid tidak mendapat iodin mencukupi, ia akan cuba menyerapnya daripada darah. Keadaan itu menyebabkan kelenjar tiroid membesar dan leher kelihatan bengkak.

Cara mengatasi kekurangan iodin dengan pengambilan sumber makanan yang betul setiap hari mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat.

Seseorang perlu mengambil 150 mikrogram (mcg) iodin setiap hari untuk mengekalkan kesihatan daripada sumber seperti rumpai laut kering, yogurt, garam iodin, udang, telur, tuna, prun dan banyak lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/sihat/ ... peranan-besar-iodin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.404337 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list