CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 550|Reply: 0

Skuad memanah negara raih pengalaman berguna di Hanoi

[Copy link]
Post time 23-5-2022 11:26 AM | Show all posts |Read mode

Atlet memanah negara, Juwaidi Marzuki (kanan) dan Fatin Nurfatehah Salleh meraikan kemenangan memenangi emas selepas menewaskan wakil Filipina dalam acara akhir compound berpasangan campuran pada Sukan SEA 2021 di Pusat Latihan Sukan Nasional Hanoi pada Khamis lalu. - Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim.

HANOI: Jurulatih skuad memanah negara, Muhammad Marbawi Sulaiman menyifatkan barisan anak didiknya yang rata-ratanya muka baharu sudah meraih pengalaman berguna di temasya Sukan SEA 2021 di sini.

Ia boleh dianggap sebagai satu pelaburan terbaik dalam usaha memastikan Malaysia tidak ketandusan bakat baharu yang mampu beraksi pada penampilan temasya akan datang.

Jurang prestasi antara pemanah senior dan pelapis tampak masih besar dan ia boleh dinilai menerusi kutipan pingat emas terutama disumbangkan pemanah pengalaman seperti Mohd Juwaidi Mazuki dalam acara compound individu lelaki.

Juwaidi terus cemerlang dengan merangkul emas ketika bergandingan dengan Fatin Nurfatehah Mat Salleh untuk memenangi acara compound berpasukan campuran.


Bagi Marbawi, pengalaman tentunya amat berguna dalam sukan ini apatah lagi untuk mengatasi perasaan gugup ketika beraksi di temasya besar seperti Sukan SEA.

"Apa yang boleh dikatakan, bagi saya pemanah baru seperti ini memerlukan pengalaman terutama untuk mencari keserasian dalam pasukan dan juga membina keyakinan dalam diri masing-masing.

"Jika dalam pasukan, pemanah senior mereka lebih tenang kerana mempunyai pengalaman sebelum ini dan tahu dimana perlu diperbaiki jika melakukan kesilapan.

"Berbanding dengan pemanah baru ini, sukar untuk mereka mengawal perasaan gementar itu. Saya percaya ini satu pengalaman terbaik bagi mereka untuk temasya akan datang," katanya.

Pada edisi ke-31 di sini, skuad memanah membawa pulang dua emas, dua perak dan lima gangsa dan berada di tangga kedua keseluruhan dalam senarai pungutan pingat manakala Indonesia muncul juara keseluruhan dengan lima emas dan satu perak.
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-berguna-di-hanoi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.091483 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list