CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 551|Reply: 0

Sonia tetap puas hati meskipun gagal tepati sasaran

[Copy link]
Post time 23-5-2022 11:24 AM | Show all posts |Read mode

Gambar fail - Sonia Cassendra Masne. - Foto ihsan Stadium ASTRO

HANOI: Atlet angkat berat wanita negara, Sonia Cassendra Masne tetap berpuas hati dengan angkatan dilakukan dalam saingan final kategori 71 kilogram (kg) pada Sukan SEA 2021 di sini, walaupun tidak berjaya menetapi sasaran peribadi.

Sonia, 22, yang melakukan angkatan 90kg untuk snatch dan 123kg clean & jerk dengan angkatan keseluruhan 213kg berkata, keputusan di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi hari ini boleh dianggap baik apatah lagi baru pulih daripada kecederaan lutut.

"Setakat ini, saya boleh katakan okey walaupun tak dapat buat rekod kebangsaan. Sebenarnya, saya sudah lama tak melakukan angkatan lebih 120kg. Jadi saya berpuashati dengan keputusan.

"Rekod saya sebelum ini 130kg yang saya lakukan dalam tempoh dua tahun sebelum ini. Selepas itu, latihan saya tidak berlangsung dengan lancar kerana COVID-19. Latihan untuk persiapan Sukan SEA ini pun boleh dikatakan pada saat akhir, dalam satu bulan lebih saja.


"Ketika kem latihan, saya tak dapat buat angkatan lebih daripada 110kg. Jadi hari ini agak terkejut juga persembahan saya," kata Sonia yang meletakkan sasaran peribadi 100kg untuk snatch dan 140kg clean&jerk pada penampilan sulungnya di Sukan SEA 2021.

"Sebenarnya sangat gugup (untuk beraksi di Sukan SEA) kerana saya mengalami kecederaan lutut dan ia mengganggu mental saya. Sudah dua tahun saya mengalami kesakitan ini.

"Apapun, kecederaan itu sudah semakin pulih berbanding ketika pertama kali menyertai kem latihan... sangat sakit, tak boleh mencangkung ataupun mengangkat besi kosong sekalipun," katanya.

Pingat emas kategori ini dimenangi atlet Thailand, Duangaksorn Chaidee dengan jumlah angkatan keseluruhan 279kg manakala perak diraih Nurul Akmal dari Indonesia, 252kg.

Atlet tuan rumah, Nguyen Thi Kim Van dengan angkatan keseluruhan, 251kg manakala Sonia melengkapkan pentas final dengan berada di tempat kelima daripada lima peserta.
https://www.bharian.com.my/sukan ... agal-tepati-sasaran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061143 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list