|
Hanoi: Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli meraih gangsa dalam acara lontar peluru lelaki Sukan Sea Vietnam sebentar tadi.
Ziyad yang meraih perak di Manila pada 2019, melakukan lontaran sejauh 17.20 meter (m), manakala emas milik atlet Filipina, William Morrison III Edward (18.14m), diikuti Jakkapat Noisri dari Thailand (17.32m).
"Syukur ke hadrat Ilahi, ini adalah Sukan Sea saya kali ketiga, saya sudah buat terbaik dan bangga dapat meraih pingat gangsa buat negara. Saya juga bangga sebagai seorang atlet para dapat bersaing dengan atlet normal," kata Ziyad.
Sementara itu, dalam saingan lompat jauh lelaki, Andre Anura Anuar hanya menduduki tempat kelima selepas melakukan lompatan sejauh 7.24m.
Emas dalam acara berkenaan milik wakil tuan rumah, Trong Nguyen Tien yang melalukan lompatan 7.80m, diikuti Janry Ubas Borinaga dari Filipina (7.73m), makala gangsa milik atlet Indonesia, Sapwaturrahman (7.61m).
Dalam acara lompat tinggi wanita, wakil negara, Ngu Jia Xin menduduki tempat kelima dengan lompatan 1.65m, manakala emas milik atlet Vietnam, Dhiem Pham Thi (1.78m), manakala perak milik Michelle Sng dari Singapura (1.75m) dan gangsa diraih seorang atlet Vietnam, Giang Pham Quynh (1.70m).
AKSI Ziyad dalam acara lontar peluru. FOTO Bernama |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|