CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

Zii Jia diharap kekal momentum di Terbuka Thailand

[Copy link]
Post time 16-5-2022 11:41 AM | Show all posts |Read mode

AKSI Zii Jia di Piala Thomas. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia perlu memastikan tidak menjadi 'mangsa' pemain kurang ternama apabila beraksi di Terbuka Thailand yang akan bermula Selasa ini.

Pemain nombor enam dunia itu yang berada pada prestasi terbaiknya ketika ini bakal menjadi tumpuan dan diletakkan antara pilihan bagi muncul juara.

Jurulatihnya, Indra Wijaya, berharap anak didiknya itu mampu mengekalkan momentum dan konsisten selepas beraksi cemerlang dalam saingan Piala Thomas.

Walaupun Malaysia tersingkir di suku akhir, namun Zii Jia memainkan peranannya selaku perseorangan pertama dengan cemerlang apabila menyumbang mata dalam setiap perlawanan termasuk menewaskan juara dunia dua kali dari Jepun, Kento Momota dan juara Seluruh England, Lakshya Sen.

"Seperti yang kita lihat dalam saingan Piala Thomas, memang dia mengawal permainan dan tekanan dengan baik.

"Untuk Terbuka Thailand, pastinya kami persiapkan dia. Harapan saya dia boleh terus tampilkan prestasi terbaik.

"Apa yang paling penting dia fokus satu demi satu perlawanan. Tidak ada lawan yang mudah kerana semuanya mahu jadi juara," katanya.

Zii Jia yang juga juara Asia diletakkan sebagai pilihan keenam mendapat bye di pusingan pertama dan dalam laluannya ke final berkemungkinan bertemu Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia dan Momota.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... di-terbuka-thailand
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.054587 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list