View: 453|Reply: 0
|
Jackie puas tebus kegagalan di Hanoi
[Copy link]
|
|
Jackie (kiri) bersama Sadat Maryuqi Ajisan yang meraih gangsa mengibarkan Jalur Gemilang selepas tamat acara baling tukul besi di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi. -FOTO Hairul Anuar Rahim
Hanoi: Atlet baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong merangkul gelaran juara Asia Tenggara selepas meraih pingat emas di Sukan Sea Vietnam 2021 sekali gus menumpaskan pesaing utama dari Thailand, Kittipong Boonmawan.
Jackie yang memenangi emas dengan balingan 66.49 meter (m) di Stadium My Dinh hari ini meluahkan rasa gembira dengan kejayaannya itu sekali gus merampas semula emas dari tangan Boonmawan di Filipina 2019.
Kejayaan itu secara tidak langsung menambah keinginan Jackie untuk mempertahankan kilauan pingat berkenaan di Kemboja 2023, selepas sejak beberapa edisi temasya kebelakangan ini, pingat emas sentiasa berubah tangan.
Daripada lima edisi bermula di Myanmar 2013, pingat emas sentiasa berubah tangan dengan Jackie pernah meraih emas (2017), perak (2019) dan dua gangsa (2013, 2015).
Pada 2013, emas dimenangi atlet Thailand, Tantipong Phetchaiya sebelum dirampas Caleb John Stuart di Singapura 2015.
Jackie kemudian muncul pemenang pada edisi Kuala Lumpur 2017 namun gagal mempertahankannya di Filipina pada 2019 yang dikuasai Boonmawan.
"Saya akan teruskan latihan seperti biasa dan harap pada edisi Sukan Sea seterusnya, saya sekali lagi mampu beraksi dengan prestasi terbaik," kata Jackie.
"Saya harap dalam tempoh setahun ini (sebelum Sukan SEA Kemboja), saya boleh melakukan persediaan lebih rapi untuk pertahankan emas."
Sebelum itu, atlet tukul besi wanita, Grace Wong turut menceriakan kem olahraga apabila turut meraih emas dengan balingan sejauh 57.13m manakala seteru utama dari Thailand, Mingkamon Koomphon yang meraih emas di Filipina 2019, terpaksa berpuas hati dengan perak, 50.28m.
Pingat gangsa dimenangi rakan senegara Koomphon, Panwat Gimsrang dengan balingan sejauh 49.64m
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -kegagalan-di-hanoi |
|
|
|
|
|
|
| |
|