View: 391|Reply: 0
|
Mun Yee tiada masalah pimpin skuad terjun ke Sukan Komanwel
[Copy link]
|
|
MUN YEE menyatakan beliau tiada masalah jika dipanggil untuk menjadi pengurus pasukan terjun menjelang Sukan Komanwel Birmingham 2022.
HANOI – Kehadiran bekas atlet berpengalaman, Datuk Leong Mun Yee selaku pengurus pasukan terjun ke Sukan SEA Vietnam 2021 ternyata memberi aura luar biasa selepas membantu skuad negara menyapu bersih lapan pingat emas dipertandingkan pada temasya dwitahunan tersebut.
Jelas kehadiran Mun Yee memainkan watak peranan penting skuad terjun negara apabila berjaya melepasi sasaran dengan meraih lapan emas, tiga perak dan satu gangsa.
Justeru, Mun Yee mengakui ia adalah permulaan terbaik skuad terjun sekali gus tiada masalah sekiranya dipanggil untuk menjadi pengurus pasukan menjelang Sukan Komanwel Birmingham 2022 nanti.
“Saya memang puas hati dengan prestasi mereka kerana pada mulanya kita menjangkakan lapan emas dan empat gangsa, kini kita melepasi sasaran. Jadi saya teruja dan gembira dengan apa yang dipamerkan gabungan atlet junior dan senior setakat ini.
“Saya yakin ini adalah permulaan terbaik buat skuad terjun negara untuk kembali dalam ‘mood’ kejohanan terutama menjelang persiapan ke Sukan Komanwel nanti.
“Apa pun, saya tidak pasti sama ada saya akan terus menjadi pengurus pasukan pada Sukan Komanwel tetapi jika diberi peluang saya tiada masalah untuk meneruskan misi ini,” katanya.
Dalam pada itu, Mun Yee turut berpendapat skuad muda harus terus diketengahkan bagi meneruskan kecemerlangan mereka di pentas Sukan SEA mahupun kejohanan antarabangsa lain.
“Pada temasya kali ini skuad terjun menghantar gabungan pemain senior dan junior. Jadi misi kita adalah mengetengahkan junior di peringkat Sukan SEA. Saya harap kita dapat tingkatkan tumpuan dan penguasaan di peringkat junior.
“Apapun, peningkatan dapat dilihat atlet junior apabila mereka mampu menterjemahkan terjunan cukup baik untuk menaiki podium di Hanoi,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... -ke-sukan-komanwel/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|