CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

Pesilat negara dapat tonik semangat

[Copy link]
Post time 12-5-2022 04:04 PM | Show all posts |Read mode

TAQIYUDDIN (kanan) dan Sazzlan Yuga bergambar bersama Chef-de-mission (CDM) ke Sukan Sea Hanoi 2022, Datuk Nur Azmi Ahmad. FOTO Hairul Anuar Rahim

Hanoi: Kejayaan gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid-Sazzlan Yuga mempertahankan pingat emas acara ganda putra di Sukan Sea Vietnam 2021 bakal menjadi pembakar semangat buat kem silat menjelmakan lebih banyak kilauan pingat selepas ini.

Kem silat negara menyasarkan tiga emas dapat dijelmakan daripada 16 acara dipertandingkan di Hanoi dan dengan emas diraih Taqiyuddin-Sazzlan semalam tentunya menyemarakkan lagi pesilat olahraga untuk turun ke gelanggang bermula esok.

Bagi Timbalan Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, beliau percaya kemampuan pesilat negara walaupun pertandingan buat kali pertama menggunakan peraturan pertandingan baharu yang lebih ekstrem dan terbuka.

"Saya percaya, jika atlet silat turun dengan semangat luar biasa, tidak mustahil mereka mampu mencapai kejayaan sama seperti dilakukan Taqiyuddin-Sazzlan. Kesemua atlet sudah melakukan persiapan bagi memastikan peraturan baharu yang kali pertama diperkenalkan di Hanoi ini mampu membuka sedikit kelebihan untuk ke final seterusnya membutirkan emas buat Malaysia.

"Saya meletakkan harapan cukup tinggi kepada semua pesilat negara untuk memastikan kejayaan mampu dibawa pulang ke Malaysia sekali gus memenuhi sasaran tiga pingat emas disasarkan," kata Sohaimi.

Kelmarin, Taqiyuddin-Sazzlan meraih emas ketiga mereka selepas Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 dan Filipina 2019. Selain itu, kem silat turut menjelmakan gangsa menerusi regu puteri, Siti Nur Khairunnisa Hail, Fatin Ardani Zamri dan Merrywati Manuil.

Gandingan Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan turut menjelmakan gangsa manakala Luqman Laji meraih kilauan pingat sama dalam acara tunggal putera.

Pada edisi Filipina 2019, kem silat negara meraih dua emas dan dua gangsa untuk berada di tangga ketiga pungutan pingat manakala Indonesia muncul juara keseluruhan dengan dua emas, tiga perak dan dua gangsa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... apat-tonik-semangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.067751 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list