CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 423|Reply: 0

Pemain muda miliki masa depan cerah

[Copy link]
Post time 11-5-2022 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 11-5-2022 04:09 PM



AKSI Myisha ketika menentang pemain Mesir. FOTO Bernama

Bangkok:  Pencapaian skuad Piala Uber 2022 yang terpaksa 'bungkus awal' selepas tersingkir di peringkat kumpulan bukanlah sesuatu  mengejutkan  peminat sukan tanah air.

Hakikatnya, ramai tidak menaruh harapan tinggi kepada skuad wanita untuk melakar kejutan mara ke suku akhir selepas diundi bersama dua pasukan besar, Thailand dan Denmark dalam Kumpulan C susulan prestasi pemain wanita yang tidak begitu menyerlah sejak akhir-akhir ini.
Walaupun gagal meloloskan diri ke suku akhir selepas kali terakhir berbuat demikian pada edisi 2010, masih terdapat sinar harapan bagi skuad wanita untuk memberi saingan lebih hebat pada masa akan datang.
Berdasarkan penilaian oleh Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann, beliau berkata beberapa persembahan 'ubi muda' seperti Myisha Mohd Khairul, 19, dan Tan Zhing Yi, 18, menunjukkan perkembangan positif terhadap masa depan barisan pemain wanita.
Katanya, kedua-dua pemain itu ternyata mencuri tumpuannya berdasarkan corak permainan serta aksi memberangsangkan ditampilkan biarpun berdepan pemain  jauh lebih tinggi kedudukan ranking daripada mereka.


"Myisha dan Zhing Yi memang   mempunyai masa depan cerah dan dari segi teknikal sangat mengagumkan biarpun baharu sahaja dinaikkan pangkat dari pasukan junior ke senior.
"Kita akan terus melatih mereka agar dapat menjadi pemain lebih kuat namun saya percaya mereka berdua perlukan sedikit masa lagi untuk menjadi pemain  lebih baik," katanya.
Biarpun kelibat Myisha dilihat baharu sahaja membuka mata orang ramai selepas menjuarai saingan Siri Antarabangsa Belanda 2022 bulan lepas, namun Choong Hann berkata pencapaian berkenaan merupakan bukti percaturan BAM sememangnya tepat dalam memberi pendedahan kepada ubi muda.
"Secara kasarnya, Myisha dahulu bukan sesiapa, apa pencapaian beliau di peringkat junior sebelum ini? Orang ramai melihat Myisha tiba-tiba menonjol namun mereka tidak tahu kita sebenarnya telah memberi pendedahan kepadanya sebelum ini," katanya.
Justeru, beliau berkata BAM sememangnya sedang mempercepat untuk memberi pendedahan sewajarnya kepada pemain muda dalam usaha meningkatkan prestasi mereka di masa depan serta yakin strategi berkenaan akan menunjukkan impak positif dalam masa satu atau dua tahun lagi.
Myisha yang diberi peluang beraksi dalam kesemua tiga perlawanan peringkat Kumpulan C mencatat satu kemenangan menentang Doha Hany dari Mesir 21-5, 21-19, semalam selain menampilkan persembahan terpuji ketika tewas kepada Line Kjaerfeldt dari Denmark 12-21, 9-21, serta wakil tuan rumah, Pornpawee Chochuwong 20-22, 10-21.

Zhing Yi pula mempamerkan semangat juang tinggi ketika mengalami kekalahan kepada Busanan Ongbamrungphan dari Thailand 21-19, 21-6 dan mengakhiri cabarannya dengan kemenangan ke atas Nour Ahmed Youssri, 21-12, 21-14.

Dalam pada itu, Choong Hann berpuas hati dengan prestasi pemain perseorangan wanita utama negara, S Kisona biarpun juara Sukan Sea 2019 itu tidak berjaya mencatat kemenangan dalam aksi tunggal menentang Mia Blichfeldt dari Denmark yang menyaksikannya tumpas 14-21, 15-21.

Katanya, Kisona mungkin terbeban memikul tanggungjawab sebagai pemain utama negara selepas ketiadaan Soniia Cheah serta tindakan Goh Jin Wei yang memilih haluan profesional sehinggakan dia masih bergelut untuk menampilkan prestasi terbaik terutamanya ketika menentang pemain terbaik dunia.
Sehubungan itu, beliau berkata Kisona masih menjadi sandaran utama skuad wanita dan adalah tidak adil untuk menggugurkannya kerana yakin pemain berkenaan memerlukan masa secukupnya untuk kembali ke prestasi terbaik ketika memenangi emas Sukan Sea di Manila hampir tiga tahun lepas.
Beliau pada masa sama turut gembira dengan prestasi dilakar Jin Wei yang kadangkala menampilkan aksi seolah-olah seperti di zaman kegemilangannya ketika bergelar juara remaja dunia sebanyak dua kali pada 2015 dan 2018.

"Secara keseluruhan skuad Bangkok lebih bagus dan seimbang dari edisi lalu Aarhus biarpun tersingkir di peringkat kumpulan juga," katanya.
Sementara itu, Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky mengakui kekalahan beregu kedua negara Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing ketika menentang wakil Denmark, Alexandre Boje-Amelie Magelund 14-21, 10-21, sememangnya membawa padah buat mereka sehinggakan menyaksikan Malaysia yang ketika itu sedang mendahului 'The Valkyrie' 2-1 gagal memanfaatkan kelebihan yang ada sebelum tewas 2-3.

"Saya lihat mereka terlalu inginkan kemenangan Denmark sehingga gagal mengeluarkan potensi yang mereka ada di atas gelanggang," katanya.
Justeru, beliau berkata permainan ditampilkan Anna-Mei Xing tidak berjaya mencapai standard ditetapkannya namun memuji persembahan pasangan utama, Pearly Tan-M Thinaah yang mengekalkan rekod bersih mencatat dua kemenangan berturut-turut ketika diturunkan menentang Denmark dan Thailand.
Pearly-Thinaah menewaskan pasangan Denmark, Maiken Fruergaard-Sara Thygesen 21-19, 21-19 dan bangkit dari ketinggalan untuk mengecewakan gandingan Thailand, Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 16-21, 21-19, 21-17.

Pakar beregu Indonesia itu seterusnya percaya masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan prestasi pemain wanita negara namun percaya mereka mampu melakar pencapaian membanggakan dalam edisi seterusnya di Chengdu, China.


https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ki-masa-depan-cerah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.052729 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list