CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2470|Reply: 3

[SEJARAH] MELAYU DAGANG: SUKU KAUM JAWA

[Copy link]
Post time 10-5-2022 11:12 AM | Show all posts |Read mode
MELAYU DAGANG: SUKU KAUM JAWA



Suku kaum Jawa adalah salah satu dari bermacam suku kaum yang membentuk masyarakat Melayu dagang di Negeri Selangor. Melayu Dagang adalah salah satu dari tiga jenis kelompok Melayu dalam pembahagian kaum Melayu di Malaysia. Melayu Dagang merangkumi suku kaum serumpun dengan Melayu (kesemuanya dari rumpun Austronesia) serta beragama Islam yang berasal dari luar Malaysia. Mereka ini datang ke Malaysia sebelum merdeka. Suku-suku kaum ini telah berasimilasi dengan Melayu asli setempat dan mengamalkan budaya percampuran Melayu tempatan dan budaya asal mereka maka sejak dari itu suku kaum Jawa telah dinamakan dengan gelaran Melayu Jawa.


Orang Jawa merupakan salah satu dari suku Melayu Dagang dengan populasi yang banyak di Semenanjung Malaysia. Sejarah orang Jawa di Semenanjung Malaysia dapat ditelusuri seawal zaman Kesultanan Melayu Melaka di mana orang Jawa dari Majapahit dan Demak telah mendiami Melaka disebabkan perdagangan dan diplomasi. Kebanyakkan orang Jawa di masa itu juga mengambil upah sebagai askar upahan Kesultanan Melayu Melaka.


Selepas kejatuhan Melaka, orang Jawa masih banyak menambah di sekitar kawasan berdekatan Melaka seperti Padang Parit Jawa, Muar, Johor. Kebanyakkan keturunan Jawa lama ini telah hilang penguasaan bahasa Jawa dan telah berasimilasi menjadi Melayu tempatan. Kelompok Jawa yang datang pada masa itu diberi gelar sebagai gelombang migrasi pertama, yakni berlaku pada kurun ke-15 hingga 18.

Pada kurun ke-19 hingga awal kurun ke-20 yakni di zaman campur tangan politik British ke Tanah Melayu, gelombang migrasi besar-besaran orang Jawa ke Negeri-negeri Melayu Bersekutu khususnya di Perak dan Selangor serta di Johor (disebabkan berhampiran dengan Singapura dan Melaka - jajahan British).

Kelompok ini menambah sekitar tahun 1888 malah berterusan hingga ke 1960an asalnya mereka datang kerana banyak peluang ekonomi dibuka oleh British dan kebanyakkannya pada masa itu bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial. Kelompok ini lah yang masih kekal berbudaya dan berbahasa Jawa serta menambah warna warni dalam masyarakat Melayu di Negeri Selangor.




Keturunan Jawa yang datang pada era 1960-an masih boleh dikenali melalui nama mereka di mana mereka menggunakan nama ciri khas Jawa seperti Suparji, Wagiman, Supendi, Masjoyo, Mulio, Karto, dan Toliban untuk kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden, Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan Nyai Cilik.

Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring dengan peredaran zaman. Sebagaimana Jawa-jawa terdahulu, yang kebanyakkannya telah melebur menjadi masyarakat Melayu.

Orang Jawa di Selangor menggunakan bahasa Jawa kasar (ngoko). Kebanyakkannya tidak tahu berbahasa Jawa Halus, malah bagi keturunan Jawa yang telah berpindah ke kawasan yang kurang pendudukan masyarakat Jawa, penguasaan bahasa Jawa semakin lenyap. Hari ini kebanyakkan orang Jawa yang masih mendiami kampung tradisional mereka mewarisi perusahaan keluarga mereka yang tertumpu pada tanaman kelapa sawit.


Penempatan orang Jawa di Selangor:
1. Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekinchan - Sabak Bernam
2. Tanjung Karang, Kuala Selangor, Assam Jawa, Ijok - Kuala Selangor
3. Banting, Jenjarom, Sijangkang, Telok Panglima Garang - Kuala Langat
4. Sungai Pelek, Bagan Lalang - Sepang
5. Ulu Langat - Hulu Langat
6. Meru, Kapar, Kelang - Klang
Kredit : Selangor 10


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2022 10:42 AM | Show all posts
Melayu "dagang"  konon.
Engkau punya khayalan sungguh mencuit hati
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2022 03:59 PM | Show all posts
Pembetulan. silap fakta ya.


Hulu Langat terdapat pelbagai suku Melayu asal dari tanah seberang - Minang, Rawa, Mandailing contohnyer. dan termasuk asal dari Jawa.


penempatan orang Jawa di Batu 18.



Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2022 12:49 PM | Show all posts
owhhhh arwah atok kaka pun Jawa juga tp landing kt Johor
kerabat dia kebykan mmg stay di Johor esp Muar
dan kebykan sedara mara dia yg kt Johor ni dikenali sebg kiyai
arwah atok kaka bkn kiyai tp bpk dia yea mmg kiyai @ guru mengaji kt ponorogo dulu
x silap cuma ada 3 org aje kerabat dia yg ke Selangor dan menetap di Pandamaran
bab bhs tu cousin kaka semua terror except yg diebsarkan dibando termsk kaka
takat sebut ngombeh, turu, mangan, jalok ngapuro sing akeh2 tu bolehlah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.917287 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list