CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

Satu pingat perak, dua gangsa

[Copy link]
Post time 10-5-2022 11:09 AM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Aniq Kasdan (kiri) antara atlet angkat berat yang beraksi di Hanoi.

Kuala Lumpur: Kem angkat berat negara mempunyai hasrat untuk mengulangi pencapaian satu pingat perak ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Sea pada 2017 menjelang edisi ke-31 di Vietnam bulan ini.

Kilauan pingat perak itu diharap dapat dijelmakan Muhammad Hafiz Shamsuddin yang dijadual beraksi dalam kategori 89 kilogram (kg) ke atas lelaki di samping mereka turut mengharapkan dua gangsa dapat diraih di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi nanti.

"Kami meletak sasaran satu pingat perak dan dua gangsa. Lapan atlet yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan disenaraikan untuk temasya kali ini.

"Pada masa ini, semua atlet ditempatkan dalam satu pusat latihan di Rompin, Pahang dan berterusan sepanjang Ramadan lalu dan awal Aidilfitri kerana tumpuan kami adalah untuk Sukan Sea dan persediaan menjelang Sukan Komanwel," kata Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat.

Skuad angkat berat negara membawa pulang dua gangsa pada edisi di Filipina 2019, masing-masing menerusi Muhammad Erry Hidayat dalam kategori 73kg lelaki dan Aznil Bidin, 61kg.

Sekiranya dibandingkan dengan pencapaian tiga tahun lalu, sasaran diletakkan PABM kali ini tampak lebih tinggi dan bagi Ayub, ia dibuat berdasarkan prestasi semasa dipamerkan atlet.

"Kita melihat itu pencapaian kita (sasaran di Hanoi) apabila kita membubarkan pasukan sebelum ini. Kita juga mengenal pasti beberapa atlet tambahan dan kita mengekalkan mreka yang ada berdasarkan kepada prestasi semasa dan itu sebab PABM meletakkan sasaran berkenaan," kata Ayub.

Untuk rekod, di Kuala Lumpur 2017, kem angkat berat negara meraih satu perak dan 1 gangsa. Perak dihadiahkan Mohamad Fazrul Azrie Mohdad dalam kategori 85kg manakala gangsa diraih Loro Wellkinson Peuji, 77kg.

Pada edisi 3013 di Myanmar, Malaysia meraih dua gangsa menerusi Mohd Faiz Musa dalam kategori 94kg lelaki dan Nor Khasida Abdul Halim, 69kg wanita.

Di Hanoi, sukan angkat berat dipertandingkan di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi dari 19 hingga 22 Mei ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-perak-dua-gangsa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.704787 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list