View: 391|Reply: 0
|
Pengalaman Wendy jadi pertaruhan negara raih emas
[Copy link]
|
|
WENDY tidak pernah gagal menghadiahkan kilauan emas dalam acara 3m papan anjal seirama buat Malaysia sejak mula bertanding di Sukan SEA 2009.
PERANAN berbeza digalas penerjun sensasi negara, Wendy Ng Yan Yee yang akan turun membuat penampilan ketujuh di pentas Sukan SEA pada edisi kali ini di Hanoi, Vietnam.
Olimpian yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik London 2012, Rio 2016 dan Tokyo 2020 itu kali ini membawa watak ‘ketua’ apabila berpasangan dengan penerjun muda berusia 19 tahun, Ong Ker Ying dalam acara tiga meter (m) papan anjal seirama.
Pengalaman luas Wendy, 28, pastinya mampu memastikan dia dan gandingannya meraih emas buat Malaysia apabila turun dalam bersaing di Pusat Akuatik My Dinh hari ini.
“Ini adalah penampilan ketujuh di Sukan SEA dan saya tak kisah bergandingan dengan sesiapa kerana misi utama adalah mempertahankan pingat emas (3m papan anjal seirama) buat Malaysia,” katanya.
Enggan terlalu yakin, tetapi Wendy tidak pernah gagal menghadiahkan kilauan pingat emas dalam acara 3m papan anjal seirama buat Malaysia sejak bertanding di Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos.
Cuma sekali Wendy terpaksa memulangkan semula pingat emas dimenanginya sewaktu edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas didapati positif doping.
Bagaimanapun, pemenang tiga pingat perak Sukan Asia itu kembali ke tahap terbaiknya selepas tamat menjalani penggantungan lapan bulan untuk menggunguli semula acara tersebut pada edisi 2019 di Manila, Filipina.
Selain Wendy dan Ker Ying, cabaran Malaysia di Pusat Akuatik My Dinh hari ini turut digalas dua atlet terjun lelaki iaitu Enrique MacCartney Harold dan Bernard Rhodict dalam acara 1m papan anjal individu.
https://www.kosmo.com.my/2022/05 ... dy-jadi-pertaruhan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|