View: 418|Reply: 0
|
'Tunggu selepas Sukan Sea' - Muthu
[Copy link]
|
|
DATUK SM Muthu. FOTO Eizairi Shamsudin
Kuala Lumpur: Keputusan untuk terus kekal bertanding atau berundur daripada jawatan nombor satu Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hanya akan ditentukan sebaik selesai temasya Sukan Sea Hanoi di Vietnam.
Presiden KOM, Datuk SM Muthu berkata, ketika ini beliau mengambil pendekatan berdiam diri dan mahu fokus sepenuhnya terhadap persiapan atlet negara ke temasya dwi tahunan itu.
Beliau berkata, perkara paling penting ketika ini adalah memastikan persiapan skuad olahraga negara pada tahap terbaik dalam misi mencapai sasaran untuk membawa pulang lima pingat emas dari Hanoi.
"Masih terlalu awal untuk bercakap mengenai pemilihan kerana ada tempoh lebih kurang dua bulan lagi. Jadi, adalah lebih baik kita fokus dulu persiapan untuk ke Sukan Sea.
"Apabila tiba masanya nanti, saya pasti akan umumkan sama ada saya akan bertanding atau sebaliknya. Lagipun, saya perlu terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan barisan kepimpinan yang ada ketika ini sebelum membuat sebarang keputusan.
"Fokus saya sekarang adalah Sukan Sea. Saya mahu lihat atlet kita meraih kejayaan yang cemerlang di Sukan Sea nanti." Katanya.
Terdahulu, Arena Metro melaporkan Muthu perlu berwaspada apabila dikhabarkan bahawa kerusi nombor satu miliknya itu akan dicabar oleh tiga individu terkemuka.
Antara nama yang dimaklumkan berminat untuk merebut jawatan berkenaan adalah tiga bekas presiden, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, Datuk Karim Ibrahim dan Datuk Syed Mohamad Aidid Syed Murtaza.
Shahidan kini Menteri Wilayah Persekutuan adalah Presiden Persatuan Olahraga Amatur Perlis (POAPs) manakala Karim dan Syed Aidid masing-masing menerajui Persatuan Olahraga Perak (POP) dan Persatuan Olahraga Amatur Pulau Pinang (POAPP).
Andai benar tiga individu berkenaan berminat untuk merebut jawatan nombor satu badan induk itu, ia dijangka akan kembali panas apabila berlangsungnya pemilihan yang dijadual pada 12 Jun depan.
Selain tiga individu berkenaan, turut dimaklumkan berminat untuk merebut jawatan presiden adalah bekas timbalan presiden KOM, Datuk Wan Hisham Wan Salleh yang juga Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu (POAT) dan Datuk Danyal Balagopal Abdullah.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... pas-sukan-sea-muthu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|